Monday, July 5, 2010

Menu Hari Ini ~




Salam semua.. Zaty's Kitchen baru berasap hari ni.. ;) Actually last week i dekat rumah mertua coz En. Hubby outstation.. so tak update la blog.. I masak juga tapi tak bawa camera so tak ambil la gambar.. Menunya ayam padprik, daging kunyit & kailan ikan masin. Ala thai gitu.. Semangat memasak coz hari khamis lepas semua orang dalam rumah tu puasa. Nanti i masak lagi okay so boleh la share resepi..

Hari ini... i puasa lagi.. dan seperti biasa En. Hubby turut meneman. Sayang btul i dekat dia.. Menu with love~ ayam masak lemak cili padi, asparagus goreng belacan & sambal tempe ikan bilis lagi.. Ada lagi dessert 'popia pisang with honey'.. lepas berbuka i update coz masih dalam fridge. Resipi original daripada MyR.. I tgk Kak Nor Terengganu buat.. teringin nak cuba.. :)

Resipi Ayam Masak Lemak Cili Padi

Bahan2;
Setengah ekor ayam
1 biji santan kelapa
Bawang merah & bawang putih
8 biji cili padi
1 inch halia
1 batang serai diketuk
Kentang dipotong dadu
Serbuk kunyit
Garam secukup rasa

Cara2;
1. Kisar bawang merah, bawang putih, cili padi & halia.
2. Tumis bahan yang telah dikisar bersama serai yang telah diketuk sehingga naik bau.
3. Masukkan santan & serbuk kunyit. Tambah sedikit air jika terlalu pekat.
4. Kemudian masukkan ayam & kentang dan kacau sebati.
5. Dan masukkan *garam secukup rasa. Biarkan mendidih.

* Petua daripada mak mertua i ~ Kalau puasa tak boleh rasa kan.. so titikkan kuah di atas kuku ibu jari. Kalau kuah tu tak meleleh maksudnya dah cukup masin.. Cubalah!

Resepi Asparagus Goreng Belacan

Bahan2;
Asparagus
Udang sederhana dibuang kulit
Belacan
Bawang merah & bawang putih dikisar
Cili kering dikisar
Bawang besar dimayang
Kicap masin

Cara2;
1. Potong hujung asparagus coz keras tak sesuai untuk dimakan.
2. Tumis bahan yang telah dikisar bersama2 udang. Masukkan sedikit belacan.
3. Kemudian masukkan asparagus & bawang yang telah dimayang.
4. Dan akhir sekali tambah sedikit kicap masin.

* Nota: Tak perlukan garam coz belacan & kicap dah cukup masin.

Resipi sambal tempe ikan bilis sila rujuk label Sambal~ atau klik disini

Dah siap masakan untuk hari ni.. tunggu masa nak berbuka... :)

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Like This Recipe?

Share |

Search This Blog