Saturday, May 23, 2015

Suatu Perjalanan Indah Seorang Hamba Allah..

Assalamualaikum...

Masa berlalu.. Sudah empat tahun saya tinggalkan blog ni.. Dah berhabuk pun.. Ke mana saya menghilang selama ini?

Setelah melahirkan anak pertama, saya diduga hebat oleh Allah S.W.T.. Suatu pengalaman yang cukup manis bergelar seorang ibu dan suri rumah..Walaupun ada yang pahit terpaksa ditelan, saya tidak pernah menyalahkan takdir.. Mungkin ada hikmah yang tersirat supaya diri ini lebih mendekatkan hubungan dengan Sang Pencipta..

Saya melajutkan pelajaran ke peringkat Sarjana kerana tercari-cari apa yang kurang di dalam kehidupan.. Sebagai pencinta ilmu, saya tidak pernah putus asa untuk menjadi seorang yang lebih baik di masa hadapan..

Setelah menamatkan pelajaran di dalam bidang pengurusan perniagaan, saya dikurniakan rezeki lagi oleh Allah S.W.T.. Saya selamat melahirkan anak kedua.. Sessungguhnya anak membawa rahmat dan rezeki dalam kehidupan walaupun dugaan tidak pernah putus.. Kini, bermula lah perjalanan saya untuk menyampaikan ilmu supaya dapat dimanfaatkan oleh orang ramai..

Semoga perkongsian dari saya dapat membantu orang ramai dalam perancangan kewangan islam.. Mari kita sama-sama pandang akhirat, sesungguhnya hidup lebih tenang..




Hubungi saya untuk mendapatkan solusi kewangan..

Whatsapp/ Telegram: 0199311001
Facebook: Zaty Ayraz Ikram
Instagram: zatyikram
Email: zatynowawi@gmail.com

Layari www.iezayusofagency.com


Tuesday, January 25, 2011

Supplement Semasa Mengandung

Salam untuk semua.. My blog is like my diary.. So hari ni nak share dengan semua supplement yang saya ambil semasa mengandung. Hope suatu hari nanti dapat menjadi rujukan untuk saya dan semua..

Sebelum mengandung, atas nasihat doctor saya amalkan mengambil folic acid satu biji setiap hari. Tujuannya adalah untuk menguatkan DNA. Selain itu, saya juga mengambil evening primrose oil untuk menstabilkan hormon.. Alhamdulillah setelah sebulan berusaha akhirnya dengan izin Allah saya conceive pada bulan September 2010.. Betapa gembiranya hati ini hanya Tuhan yang tahu..

Setelah mengandung, saya pun bertanya dengan rakan2 dan juga saudara mara yang telah berpengalaman tentang supplement yang mereka ambil semasa mengandung.. Ada yang ambil Herbalife, aloe vera juice, soya bean, susu kambing dan macam2 lagi...

Pada trimester pertama, doctor memberi folic acid dan juga calcium.. Lepas masuk trimester kedua, doctor bagi pula obimin dan sampai sekarang saya mengambil obimin dan calcium. Selain itu saya juga mengambil supplement lain.. So dekat sini saya nak share dengan semua..


Anmum Materna Perisa Chocolate
Try ambil yang biasa tapi tak bleh nak minum... ;)



Calcium & Magnesium Plus
Untuk pertumbuhan tulang baby dan juga menguatkan tulang kita


Neurogain ~ untuk perkembangan otak baby
Recommended by Dr Suraya Arshad KSH


Susu kambing ~ untuk mengelakkan baby kena demam kuning


Fruit juice especially orange & apple juice..
Setiap hari saya minum. Actually nak mengelakkan mual masa mula2 mengandung. Tapi sampai sekarang still minum..



Soya bean milk..
Orang kata boleh membuatkan baby berkulit cerah.. Saya pun minum jugak.. :)



Yogurt drink..
Dari dulu memang suka minum.. Bagus untuk penghadaman & tinggi dengan calcium..



Selain air mineral, saya juga minum air Bio-Disc.. Air ini bagus untuk perkembangan baby..
Alhamdulillah.. saya bersyukur pada Allah.. setakat ini kandungan saya dalam keadaan baik.. Thanks En. Hubby coz belikan semua supplement ni untuk anak kita yang bakal lahir nanti..


"Ya Allah Ya Tuhanku.. Kurniakanlah kami anak yang sihat, sempurna, cantik, cerdik, soleh dan solehah, taat pada perintahMu dan pandai membaca Al-Quran.."
Amin..


Pictures from Google~

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Like This Recipe?

Share |

Search This Blog

Loading...