![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhRzZS5EOvkVvmBYT7feIpuHjGak6bFGXuB04Tv8txRJwWanpwhIthoD1igI9fnAaCBjhOcK8Hq94wG5kbndsvS_c_xCfRnhkgNK2RU2-B9SuMRdVfrmH-RoPlqV5c4f1IkjCjYE28fmwo/s400/nasi+lemak.jpg)
Nasi
Bahan2nya;
2 pot beras
1 kotak santan (no cholestrol) ~ i prefer pakai santan kotak
Air
1 sudu kecil garam
Bawang merah & bawang putih dikisar
Daun pandan
Cara2nya;
1. Cuci beras dengan bersih.
2. Masukkan santan dengan air di dalam periuk nasi. Sukat bersamaan dengan 2 pot beras.
3. Masukkan bahan yang telah dikisar, garam & daun pandan.
4. Kacau sebati dan sedia untuk dimasak!
Sambal Ikan Bilis
Bahan2;
Ikan bilis
Cili kering
Bawang merah, bawang putih & bawang besar
Belacan
1 batang serai
Air
Garam & gula secukup rasa
Cara2nya;
1. Kisar bawang merah, bawang putih & cili kering.
2. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar tadi bersama serai dan belacan sehingga naik bau.
3. Masukkan sedikit air, garam & gula secukup rasa.
4. Biarkan sehingga agak garing dan angkat!
Sambal Tempe
Bahan2;
Tempe
Ikan bilis jepun
Chili paste
Bawang merah, bawang putih
Bawang besar dimayang
Sos cili
Sos tomato
Garam secukup rasa
Cara2;
1. Goreng tempe & goreng ikan bilis sehingga garing.
2. Tumis bahan kisar bersama dengan chili paste sehingga naik bau.
3. Masukkan sos cili, sos tomato & garam secukup rasa.
4. Lastly masukkan tempe & bawang yang telah dimayang.
Sedap dimakan begitu sahaja.. Oh saya suka tempe walaupun saya bukan orang Jawa.. ;)
No comments:
Post a Comment