Western food today~ requested by En. Hubby! Dari semalam lagi dia nak makan carbonara. So hari ini i tukar mood masak Italian pasta.. Yummy2.. Actually dah lama i tak masak coz last sekali i makan masa dekat my hometown. Masak banyak sangat sampai rasa muak. Huhu.. so kali ni i masak sikit je and makan masa panas2.. :) Teringat pula i dekat my mum. She loves carbonara so much.. I sampai tinggalkan resepi untuk dia. Ye la kan.. jarang2 i balik Kuantan.. Ok la resepinya simple sahaja.. Mudah & sesuai dengan siapa yang suka western taste..
Bahan2;
Setengah packet spaghetti/fettuccine
150ml whipped cream
Ayam dipotong kecil
Fresh button mushroom dihiris halus2
Diced onion
Chopped garlic
1 tsp of mixed herbs
1 tbsp of pepper
Olive oil & butter
Garam secukup rasa
Sedikit air
Daun parsli untuk hiasan (i pakai daun ketumbar je)
Cara2;
1. Rebus spaghetti dalam air yang mendidih & toskan.
2. Ayam direbus dengan sedikit air untuk mendapatkan stocknya.
3. Tumis bawang besar & bawang putih dengan menggunakan olive oil dan sedikit butter.
4. Masukkan mixed herbs, pepper dan garam secukup rasa.
5. Kemudian masukkan fresh mushroom, ayam & stocknya.
6. Akhir sekali masukkan whipped cream dan kacau rata.
7. Hidangkan carbonara sauce di atas spaghetti. Sedap dimakan panas2..
Simple kan.. En. Hubby cakap lagi sedap dari pasta yang dia makan dekat Venice.. Boleh percaya ke ni.. Hehe.. ;)
No comments:
Post a Comment