The wonderful journey of a housewife... Welcome to my blog!
Tuesday, July 13, 2010
Jom Masak ~
Jom masak! Menu untuk hari ini sambal udang, gulai ikan masin nenas & siew pak choy with mushroom. Actually today my family datang KL.. Mama & abah are going to Turki for 9 days! Bestnya kalau dapat ikut.. Adik pun tak dapat ikut coz semester baru dah nak start.. Dulu i selalu ikut my parent pergi oversea. Teringin nak pergi lagi.. Kalau ada rezeki nak pergi London & Paris bersama2 En. Hubby & my only brother sekali. InsyaAllah.. Semangat i masak hari ini untuk jamu my family..Tapi my family ni tak sampai2 lagi.. So i update la blog ni dulu ye.. Resepinya..
Sambal Udang
Bahan2;
15 ekor udang sederhana
Bawang merah & bawang putih dikisar
Cili kering dikisar
Bawang merah dimayang
Sedikit belacan
Sedikit sos tomato
Kicap manis & kicap masin
Kunyit serbuk
Garam secukup rasa
Cara2;
1. Kisar bawang putih, bawang merah & cili kering.
2. Gaulkan udang bersama2 dengan serbuk kunyit dan sedikit garam.
3. Panaskan minyak dan goreng udang terlebih dahulu. Kemudian tumis bahan yang telah dikisar tadi sehingga garing.
4. Masukkan sos tomato, belacan, kicap manis, kicap masin dan garam secukup rasa.
5. Taburkan bawang yang telah dimayang & kacau rata. Sedia untuk diangkat.
Gulai Ikan Masin & Nenas
Bahan2;
Ikan masin ~ Tulang ikan merah
1 biji nenas yang telah masak dipotong
Santan bersamaan 1 biji kelapa
1 batang serai
Bawang merah & bawang putih
1 inch halia
Cili kering yang telah dikisar
Serbuk kunyit
Sedikit air
*Sedikit garam
Cara2;
1. Rendamkan ikan masin di dalam air & bersihkan.
2. Tumis bawang putih, bawang merah & halia yang telah dikisar. Masukkan serai & cili kering kisar dan tumis lagi sehingga wangi.
3. Kemudian masukkan santan bersama2 sedikit air. Masukkan pula sedikit serbuk kunyit. Kacau sehingga sebati.
4. Seterusnya masukkan ikan masin & nenas dan biarkan mendidih.
* Tidak perlu masukkan garam sekiranya kuah sudah cukup masin. Terpulang kepada jenis ikan masin yang anda gunakan.
Siew Pak Choy with Mushroom
Bahan2;
1 ikat Siew Pak Choy (baby sawi)
White oyster mushroom
Cherry tomato
Bawang merah & bawang putih dihiris
1 kiub pati ikan bilis
Oyster sauce
Fish sauce
Kicap cair
Cili merah dihiris untuk hiasan
Cara2;
1. Tumis bawang merah & bawang putih yang telah dihiris.
2. Masukkan kiub pati ikan bilis, oyster sauce, fish sauce dan kicap cair.
3. Kemudian masukkan siew pak choy, mushroom & cherry tomato. Kacau sehingga rata.
4. Hiaskan dengan sedikit cili merah yang telah dihiris. Sedia untuk dihidang.
Saya enjoy memasak hari ini.. Menu lengkap dan mudah disediakan.. So jom la masak2 !
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment