Thursday, July 8, 2010

Menu Sahur ~

Menu sahur pagi tadi.. Pernah dengar tak masakan campak2? Inilah rupanya.. Rupa tak menawan tetapi rasa menyelerakan. Makan pula dengan nasi planta & ikan kering. Nasi planta untuk sahur? Mesti pelik kan.. Actually hubby saya tolong masak nasi tapi tak cukup air. Hehe.. So i tambah la air & planta. Jadi lagi sedap pula.. Oh saya dengan En. Hubby bersemangat puasa hari ini.. Semalam En. Hubby tak tidur tengok bola dan terus sahur.. Spain vs German! Spain menang dan i rasa Ozzy(my only brother) melompat keriangan dekat Kuantan. Haha.. I rasa ramai yang mengantuk pegi kerja hari ni.. :P Ok la.. cerita pasal bola pula.. Dan resipinya..

Kailan Udang Kering

Bahan2;
1 ikat kailan~ celur dahulu untuk hilangkan rasa pahit
Bawang putih & bawang merah dihiris
3 biji cili padi diketuk
Sedikit udang kering
Sos ikan
Kicap masin

Cara2;
1. Tumis bawang putih, bawang merah & cili padi.
2. Masukkan udang kering, sos ikan & kicap masin.
3. Masukkan kailan dan kacau rata. Sedia dihidang!

~Selalu orang masak kailan dengan ikan masin. I guna udang kering sahaja coz ikan masin jeruk tu tak ada..


Ikan Sambal Special

Bahan2;

Ikan goreng:
Satu keping ikan tenggiri
Serbuk kunyit
Serbuk cili
Garam secukup rasa

Special Sambal:
Rahsianya adalah..
Sos cili nasi ayam
Sos kicap nasi ayam
Sos ikan
Sos cili thai
Chicken granules
Bawang besar dimayang
Cili merah dihiris halus

Cara2;
1. Goreng ikan terlebih dahulu.
2. Panaskan sedikit minyak. Tumis semua sos di atas sehingga naik bau.
3. Masukkan chicken granules/kiub pati ayam.
4. Akhir sekali masukkan ikan goreng, bawang besar dan cili merah.

~Masakan ni i reka2 je.. Coz tak biasa makan nasi tak ada kuah.. En. Hubby suka pula makan.. Hehe.. Kalau ada lebihan sos, janganlah buang. Daripada membazir, baik simpan dalam fridge. Boleh guna untuk masak2.. :)

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Like This Recipe?

Share |

Search This Blog