The wonderful journey of a housewife... Welcome to my blog!
Saturday, July 10, 2010
Lunch At Home
Lunch hari ini = kari ikan tenggiri, sambal kacang botol & ikan masin special! Actually plan nak keluar pergi area Cheras but then malas pulak nak lalu MRR2 coz hari ini hari Sabtu bersamaan dengan hari jam! hehe.. so duduk la rumah dan masak2 bersama assistant chef, En. Hubby.. Dan terimalah resepi ini.. :)
Kari Ikan Tenggiri
Bahan2;
1 keping ikan tenggiri
Bawang merah & bawang putih
Cili kering
1/2 inch halia
2 sudu besar serbuk kari
1 sudu besar serbuk cili
1 sudu kecil serbuk kunyit
Bunga cengkih
Bunga lawang
Kulit kayu manis
Buah pelaga
Santan ~ i pakai santan packet
Air asam jawa
Kacang bendi
Tomato
Garam secukup rasa
Cara2;
1. Kisar bawang merah, bawang putih, cili kering dan halia.
2. Panaskan sedikit minyak. Tumis, bunga cengkih, bunga lawang, kulit kayu manis & buah pelaga sehingga naik bau. Kemudian tumis pula bahan yang telah dikisar.
3. Masukkan rempah kari, serbuk cili, dan serbuk kunyit. Sebaik2nya campurkan dulu bersama2 sedikit air. Tumis sehingga wangi.
4. Kemudian masukkan santan dan air asam jawa.
5. Masukkan pula ikan dan kacau sebati.
6. Akhir sekali masukkan kacang bendi, tomato dan sedikit garam. Sedia untuk dihidang!
Sambal Kacang Botol
Bahan2;
Kacang botol
Bawang merah dihiris halus
Udang kering
Cili kering dikisar
Kicap masin
Sos ikan
Belacan
Cili merah untuk hiasan
Cara;
1. Tumis bawang merah bersama2 udang kering.
2. Kemudian masukkan pula cili kering dan tumis lagi.
3. Masukkan belacan, kicap masin & sos ikan. Kacau sehingga rata.
4. Akhir sekali masukkan kacang botol & cili merah. Siap..
Ikan Masin Special ~ so simple.. i saje nak bagi ikan masin ni nampak special.. ;)
Bahan2;
Ikan masin tenggiri jeruk
1 biji telur
Limau nipis
Bawang merah dihiris
Cili padi
Cara2;
1. Kacau telur dan masukkan ikan masin.
2. Panaskan minyak dan goreng ikan masin tersebut.
3. Balutkan sedikit ikan masin dengan telur.
4. Lagi garing lagi sedap..! Hiaskan dengan limau nipis, bawang merah dan cili padi yang telah dihiris.
Oh hari ini saya & En. Hubby makan nasi siap tambah lagi.. Ini semua kerana si ikan masin special.. Hehe.. ;)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment