Wednesday, July 28, 2010

Mee Udang

Menu for today ~ Mee udang! Betul.. ini mi udang.. first time i try masak.. Walaupun i bukan orang Penang tapi i suka makan.. Resipinya i hentam je ni.. Mula2 nak masak mee bandung tapi lupa pulak nak beli perencahnya.. so termasak lah mee udang ni.. hehe..


Bahan2nya...
15 ekor udang sederhana
Sedikit daging lembu
Fish balls
Bawang merah & bawang putih dikisar
Cili kering dikisar
Sedikit udang kering
Belacan
Oyster sauce
Sos tomato
Sos ikan
Minyak untuk menumis
Air untuk dijadikan stok
Garam & gula secukup rasa

Cara2nya...
1. Bersihkan udang. Asingkan kepala udang untuk direbus & dijadikan stok.
2. Hiris daging nipis2 dan rebus sehingga empuk.
3. Tumis bahan yang telah dikisar sehingga wangi.
4. Kemudian masukkan udang kering dan sedikit belacan. Masukkan pula sos oyster, sos tomato & sos ikan.
5. Seterusnya masukkan udang bersama2 dengan stoknya, daging lembu yang telah empuk & fish balls.
6. Akhir sekali masukkan garam & gula secukup rasa. Kacau rata dan biarkan sehingga mendidih.

Hidangkan bersama2 dengan ramuan mee udang ~


Mee, taugeh, kubis, tomato ceri, tauhu, cili merah & bawang goreng..

Sawi & daun ketumbar tak dapat dibeli.. Huhu.. Ceritanya masa En. Hubby tengah bayar.. sawi tak ada barcode so x bleh nak scan, daun ketumbar pulak i lupa nak timbang.. ;)

Ok lah.. try & enjoy my recipe ya!

Blueberry Yogurt Cake

Finally Blueberry Yogurt Cake.. Actually plan nak try buat blueberry yogurt chiffon yang Kak Izah & Kak Nor dah buat tapi tak ada tepung gandum pulak.. So i modified la jadi butter cake.. Inspired by this recipe. Klik sini ya.. Ok la jom tengok my resipi yang dah edited ni..

Ingredients

250g butter, softened
1 1/2 cups white sugar
3 eggs
1 teaspoon orange extract
2 1/4 cups self-raising flour
1 cup blueberry flavored yogurt
Vanilla essence

Methods
1. Preheat oven to 325 degrees F (165 degrees C).
2. In a large bowl, cream together the butter and sugar until light and fluffy. Beat in the eggs one at a time, then stir in the orange extract. Add in 1 drop of vanilla essence. Alternately beat in the flour mixture and the yogurt, mixing just until incorporated.

3. Pour batter into a pan. Bake in the preheated oven for 40 minutes, or until a toothpick inserted into the center of the cake comes out clean.
4. Allow to cool 10 minutes in the pan, then turn out onto a wire rack and c
ool completely..

Oh my cake ni tak berapa cantik la.. Semangat nak belajar baking supaya kek i nanti cantik2.. ;)

Monday, July 26, 2010

Ayam Masak Pedas Ala Kenduri

Salam semua.. Hari ni i masak lauk kenduri. Actually bukan ada kenduri pun.. hehe.. Terasa nak makan ayam masak pedas ala kenduri ni.. Pelik betul.. Selalunya orang dah jemu makan lauk kenduri kan.. Lagi2 la musim orang kahwin sekarang ni coz Ramadhan dah nak tiba. Lauk ni favourite i masa kecil dulu.. Kalau kenduri mesti makan lauk ni je dengan nasi minyak.. Jom la try masak.. Ini resipinya..

Bahan2;
Setengah ekor ayam
Bawang merah & bawang putih dikisar
Cili kering dikisar
Bawang besar dimayang
Tomato paste dalam tin
Sedikit belacan
Bunga cengkih
Buah pelaga
Serbuk kunyit
Kicap masin
Sedikit air
Garam & gula secukupnya

Cara2;
1. Perapkan ayam yang telah dipotong dengan serbuk kunyit dan sedikit garam.
2. Kemudian goreng ayam tersebut dalam minyak yang panas. Jangan goreng terlalu garing.
Angkat dan toskan minyak.
3. Ambil sedikit minyak ayam yang telah digoreng tadi dan tumis bawang merah & bawang putih yang telah dikisar. Tumis bersama2 dengan bunga cengkih dan buah pelaga sehingga wangi.
4. Kemudian masukkan cili kering yang telah dikisar dan juga tomato paste. Tumis lagi sehingga garing.
5. Seterusnya masukkan sedikit belacan, kicap cair, garam, gula & sedikit air. Kacau sehingga rata.
6. Akhir sekali masukkan ayam yang telah digoreng tadi bersama2 dengan bawang yang telah dimayang. Kacau sebati dan sedia untuk dihidang..

Lauk ni sesuai makan dengan nasi minyak.. Tapi hari ni i masak nasi putih je.. Takut gemok la pulak makan minyak sapi @ ghee.. ;)

Friday, July 23, 2010

Spaghetti Bolognese

Menu for dinner tonight~ spaghetti bolognese.. Today i masak simple je coz tomorrow dah nak balik Kuantan. En. Hubby suka makan bolognese ni.. Tadi lepas balik kerja dia terus makan.. Kira dah dinner dah.. Sungguh2 dia makan.. Mesti lapar sangat.. hehe.. Ok jom tengok recipe ni..

Bahan2;
Setengah paket spaghetti
Minced meat chicken or beef
1 tin Prego ~ sos spaghetti (i lagi suka pakai yang dalam botol)
1 biji bawang besar didadu
3 ulas bawang putih dicincang halus
1 batang carrot didadu
Sedikit serbuk lada sulah/lada hitam
Garam secukup rasa
Air
Olive oil

Cara2;
1. Rebus spaghetti sehingga masak dan toskan.
2. Tumis bawang besar & bawang putih bersama2 dengan olive oil.
3. Kemudian masukkan minced meat & carrot. Biarkan sehingga masak.
4. Seterusnya masukkan sos Prego dan sedikit air. Kacau sehingga rata.
5. Masukkan sedikit serbuk lada sulah dan garam secukupnya.
6. Hidangkan spaghetti bersama2 sos bolognese di atasnya.

~ Kalau nak pedas boleh masukkan sedikit chili paste.. Nak sedap lagi masukkan pula button mushroom.. Nyum nyum.. :)

Turkish Apple Tea ~

Apple + Tea = Sedapnyee! Actually my parent dah balik dari Turki. Baru je sampai semalam.. Dan yang best sangat my dad beli Turkish Apple Tea.. Sedap sangat tea ni.. Hari ni dah 3 gelas i minum tau.. Tak perlu tambah gula.. Sesuai diminum panas atau sejuk. Tea ni bukan dalam uncang tapi berbentuk serbuk (tea mix).. I tak sure la ada jual dekat Malaysia atau tak. Tapi yang sure ada jual dalam website. Boleh beli online.. Ni yang buat i rasa nak pergi oversea je.. Teringin nak merantau bersama En. Hubby.. Meluaskan lagi pengalaman dalam hidup ni.. Anyway i suka sangat tea ni. Thanks Abah.. Love it so much! Nak minum lagi la.. :)

Thursday, July 22, 2010

Exclusive @ Zaty's Kitchen!!!

Hehe.. Buat gempak je tajuk post saya hari ni... Sebenarnya tak ada apa2 yang exclusive pun.. ;) Just nak share with all of you gambar kitchen rumah saya.. Mesti you all pernah terfikir atau terbayang macam mana lah rupa kitchen seorang food blogger macam saya ni kan.. Ni lah rupanya.. Unedited tau dan tidak dikemas langsung.. Huhu.. Kitchen saya kecil sahaja.. Tapi saya ada impian. Semua orang ada impian kan.. Saya impikan kitchen yang sangat besar dan sangat cantik! Kerana saya suka memasak.. Sangat suka! Oh berangan lagi.. Ok lah jom jenguk dapur kecil saya ni...

MY SMALL KITCHEN...

Ini fridge.. yang ada magnet2 yang cantik dari oversea.. kena ada banyak duit untuk dapatkan magnet ni.. Saya & En. Hubby berazam untuk penuhkan fridge ini dengan magnet! Our dream.. InsyaAllah.. ;)


Ini oven & toaster.. Oven ni hadiah kahwin kami.. Sangat baru dan sangat panas.. Pernah kek yang saya masak rentung dalam oven ni.. :P Toaster ni setiap hari kami guna untuk bakar roti ~ breakfast paling senang.. lalalala... ;)


Compartment tempat masak air, blender & pelbagai bahan2 untuk masak.. Sangat kecil kan.. Muat2 je nak letak..


Dapur, sinki dan tempat masak nasi merangkap tempat saya potong bahan2 untuk memasak. Setelah nasi masak, periuk nasi tu akan diangkat ke tempat lain dan diletakkan semula setelah sudah memasak.. Cuba bayangkan.. hehe..


Dapur ini sangat kecil okay! Tapi saya sayang dapur saya... <3


Oh dapur saya dah berasap! Walaupun kecil tapi berasap juga.. kerana saya suka masak!

Zaty Loves Cooking
:)

Wednesday, July 21, 2010

Masak Itu Mudah! Ayam Berempah~



Mudah kan.. Jom la masak! Ayam berempah.. Simple dan sangat menyelerakan... Ayam berempah ni adalah satu menu yang sangat versatile.. Kenapa i cakap macam tu? Kerana ia sesuai dimakan dengan nasi putih, nasi beriyani, nasi minyak, nasi tomato, pulut kuning atau dimakan begitu sahaja.. :) So bagi sesiapa yang rasa masak tu susah.. cubalah masak ayam berempah ni.. memang tak susah! I believe semua orang boleh masak.. cuma nak try atau tak.. Resipinya sangatlah simple.. Tak percaya? Jom tengok ni...

Bahan2;
1/2 ekor ayam segar
1 sudu besar serbuk kunyit
1 sudu besar serbuk cili
1 sudu besar serbuk rempah kari
1 sudu besar cili kering dikisar/cili boh
1 sudu kecil garam

Cara2;
1. Bersihkan ayam dan masukkan semua bahan di atas.
2. Gaul sebati dan perapkan sekurang2nya 20 minit. Masukkan ke dalam fridge.
3. Panaskan minyak & goreng ayam sehingga masak.
4. Sedia untuk dimakan!

Masak itu mudah! Thank you to my mother in law coz bagi serbuk rempah kari yang dibeli dari Terengganu.. :)

Thursday, July 15, 2010

Bubur Kacang Durian

Salam semua.. Bubur kacang durian, my entry for today.. Actually last night i dah masak bubur ni. First time masak dalam pressure cooker yang my mum bagi. Cepat sangat empuk dan sangat menjimatkan gas. Kenapa bubur kacang durian? Bukan bubur jagung ke, bukan bubur keladi ke.. Oh durian.. Kisahnya sebelum mama bertolak ke Turki, dia ada bawa durian dari Kuantan. So terfikir la nak masak bubur kacang durian coz dah lama tak makan. En. Hubby pun belikan kacang hijau & gula merah serta daun pandan. First time i try masak ni.. Simple recipe from my mum.. Let's check it out ya..

Bahan2;
2 packet kacang hijau
10 ulas durian
2 packet pati santan
2 ketul gula merah/melaka
2 sudu besar gula perang (optional)
4 helai daun pandan
Sedikit garam
Air secukupnya

Cara2;
1. Rebus kacang hijau di dalam air yang mendidih sehingga empuk. Air rebusan kacang hijau boleh digunakan untuk melebatkan rambut. Klik di sini.
2. Sementara menunggu kacang empuk, cairkan gula merah.
3. Kemudian masukkan santan, gula merah, gula perang, durian, daun pandan, sedikit garam & air secukupnya.
4. Kacau sehingga rata & biarkan mendidih. Sedia untuk dihidang..

Sempat juga i hantar bubur ni dekat rumah mertua selepas i balik dari interview kerja tadi.. Kebetulan pula semua puasa hari ni.. Selamat berbuka puasa.. :)

Tuesday, July 13, 2010

Jom Masak ~



Jom masak! Menu untuk hari ini sambal udang, gulai ikan masin nenas & siew pak choy with mushroom. Actually today my family datang KL.. Mama & abah are going to Turki for 9 days! Bestnya kalau dapat ikut.. Adik pun tak dapat ikut coz semester baru dah nak start.. Dulu i selalu ikut my parent pergi oversea. Teringin nak pergi lagi.. Kalau ada rezeki nak pergi London & Paris bersama2 En. Hubby & my only brother sekali. InsyaAllah.. Semangat i masak hari ini untuk jamu my family..Tapi my family ni tak sampai2 lagi.. So i update la blog ni dulu ye.. Resepinya..

Sambal Udang

Bahan2;
15 ekor udang sederhana
Bawang merah & bawang putih dikisar
Cili kering dikisar
Bawang merah dimayang
Sedikit belacan
Sedikit sos tomato
Kicap manis & kicap masin
Kunyit serbuk
Garam secukup rasa

Cara2;
1. Kisar bawang putih, bawang merah & cili kering.
2. Gaulkan udang bersama2 dengan serbuk kunyit dan sedikit garam.
3. Panaskan minyak dan goreng udang terlebih dahulu. Kemudian tumis bahan yang telah dikisar tadi sehingga garing.
4. Masukkan sos tomato, belacan, kicap manis, kicap masin dan garam secukup rasa.
5. Taburkan bawang yang telah dimayang & kacau rata. Sedia untuk diangkat.


Gulai Ikan Masin & Nenas

Bahan2;
Ikan masin ~ Tulang ikan merah
1 biji nenas yang telah masak dipotong
Santan bersamaan 1 biji kelapa
1 batang serai
Bawang merah & bawang putih
1 inch halia
Cili kering yang telah dikisar
Serbuk kunyit
Sedikit air
*Sedikit garam

Cara2;
1. Rendamkan ikan masin di dalam air & bersihkan.
2. Tumis bawang putih, bawang merah & halia yang telah dikisar. Masukkan serai & cili kering kisar dan tumis lagi sehingga wangi.
3. Kemudian masukkan santan bersama2 sedikit air. Masukkan pula sedikit serbuk kunyit. Kacau sehingga sebati.
4. Seterusnya masukkan ikan masin & nenas dan biarkan mendidih.

* Tidak perlu masukkan garam sekiranya kuah sudah cukup masin. Terpulang kepada jenis ikan masin yang anda gunakan.


Siew Pak Choy with Mushroom

Bahan2;
1 ikat Siew Pak Choy (baby sawi)
White oyster mushroom
Cherry tomato
Bawang merah & bawang putih dihiris
1 kiub pati ikan bilis
Oyster sauce
Fish sauce
Kicap cair
Cili merah dihiris untuk hiasan

Cara2;
1. Tumis bawang merah & bawang putih yang telah dihiris.
2. Masukkan kiub pati ikan bilis, oyster sauce, fish sauce dan kicap cair.
3. Kemudian masukkan siew pak choy, mushroom & cherry tomato. Kacau sehingga rata.
4. Hiaskan dengan sedikit cili merah yang telah dihiris. Sedia untuk dihidang.

Saya enjoy memasak hari ini.. Menu lengkap dan mudah disediakan.. So jom la masak2 !

Saturday, July 10, 2010

Blueberry Chunky Choc Muffin


Blueberry Chunky Choc Muffin~ my first try! Inspired by Chocolate & Baking Book.. the actual recipe is Choc Muffin with Chuncky Choc. The story behind this muffin... Actually hari tu i ada beli acuan muffin yang baru dengan blueberry instant mix. Memang dah plan nak try buat muffin so beli la yang instant dulu kan.. hehe.. Tetiba tadi masa i baca buku yang i baru beli tu, i nampak resipi muffin.. teringat pula chocolate gift masa wedding i.. ada banyak lebih.. so apa lagi i pun terus masuk kitchen dan mula start baking.. And the recipe...

Bahan2;
1 kotak blueberry instant mix
Chocolate bar dipotong kasar2
100 ml susu segar
2 biji telur dipukul
1 sudu besar marjerin (lagi sedap kalau guna butter)
1 sudu besar gula perang
Sedikit esen vanilla

Cara2;
1. Masukkan blueberry instant mix di dalam bekas adunan.
2. Kacau bersama2 dengan susu segar dan telur.
3. Kemudian masukkan marjerin, gula perang & esen vanilla.
4. Kacau lagi sehingga sebati dan masukkan chocolate bar yang telah dipotong tadi. Rehatkan sebentar adunan.
5. Panaskan ketuhar/oven pada suhu 180 darjah celcius.
6. Masukkan adunan ke dalam acuan muffin dan bakar selama 15 minit. Untuk acuan muffin yang besar, bakar selama 20 minit.

Simple kan.. sedap dimakan panas2 dan sesuai untuk minum petang.. Cubalah ye..

Oh saya budak baru belajar.. :)

Lunch At Home



Lunch hari ini = kari ikan tenggiri, sambal kacang botol & ikan masin special! Actually plan nak keluar pergi area Cheras but then malas pulak nak lalu MRR2 coz hari ini hari Sabtu bersamaan dengan hari jam! hehe.. so duduk la rumah dan masak2 bersama assistant chef, En. Hubby.. Dan terimalah resepi ini.. :)

Kari Ikan Tenggiri

Bahan2;
1 keping ikan tenggiri
Bawang merah & bawang putih
Cili kering
1/2 inch halia
2 sudu besar serbuk kari
1 sudu besar serbuk cili
1 sudu kecil serbuk kunyit
Bunga cengkih
Bunga lawang
Kulit kayu manis
Buah pelaga
Santan ~ i pakai santan packet
Air asam jawa
Kacang bendi
Tomato
Garam secukup rasa

Cara2;
1. Kisar bawang merah, bawang putih, cili kering dan halia.
2. Panaskan sedikit minyak. Tumis, bunga cengkih, bunga lawang, kulit kayu manis & buah pelaga sehingga naik bau. Kemudian tumis pula bahan yang telah dikisar.
3. Masukkan rempah kari, serbuk cili, dan serbuk kunyit. Sebaik2nya campurkan dulu bersama2 sedikit air. Tumis sehingga wangi.
4. Kemudian masukkan santan dan air asam jawa.
5. Masukkan pula ikan dan kacau sebati.
6. Akhir sekali masukkan kacang bendi, tomato dan sedikit garam. Sedia untuk dihidang!


Sambal Kacang Botol

Bahan2;
Kacang botol
Bawang merah dihiris halus
Udang kering
Cili kering dikisar
Kicap masin
Sos ikan
Belacan
Cili merah untuk hiasan

Cara;
1. Tumis bawang merah bersama2 udang kering.
2. Kemudian masukkan pula cili kering dan tumis lagi.
3. Masukkan belacan, kicap masin & sos ikan. Kacau sehingga rata.
4. Akhir sekali masukkan kacang botol & cili merah. Siap..


Ikan Masin Special ~ so simple.. i saje nak bagi ikan masin ni nampak special.. ;)

Bahan2;
Ikan masin tenggiri jeruk
1 biji telur
Limau nipis
Bawang merah dihiris
Cili padi

Cara2;
1. Kacau telur dan masukkan ikan masin.
2. Panaskan minyak dan goreng ikan masin tersebut.
3. Balutkan sedikit ikan masin dengan telur.
4. Lagi garing lagi sedap..! Hiaskan dengan limau nipis, bawang merah dan cili padi yang telah dihiris.

Oh hari ini saya & En. Hubby makan nasi siap tambah lagi.. Ini semua kerana si ikan masin special.. Hehe.. ;)

Friday, July 9, 2010

Carbonara Chicken & Mushroom

Western food today~ requested by En. Hubby! Dari semalam lagi dia nak makan carbonara. So hari ini i tukar mood masak Italian pasta.. Yummy2.. Actually dah lama i tak masak coz last sekali i makan masa dekat my hometown. Masak banyak sangat sampai rasa muak. Huhu.. so kali ni i masak sikit je and makan masa panas2.. :) Teringat pula i dekat my mum. She loves carbonara so much.. I sampai tinggalkan resepi untuk dia. Ye la kan.. jarang2 i balik Kuantan.. Ok la resepinya simple sahaja.. Mudah & sesuai dengan siapa yang suka western taste..

Bahan2;
Setengah packet spaghetti/fettuccine
150ml whipped cream
Ayam dipotong kecil
Fresh button mushroom dihiris halus2
Diced onion
Chopped garlic
1 tsp of mixed herbs
1 tbsp of pepper
Olive oil & butter
Garam secukup rasa
Sedikit air
Daun parsli untuk hiasan (i pakai daun ketumbar je)

Cara2;
1. Rebus spaghetti dalam air yang mendidih & toskan.
2. Ayam direbus dengan sedikit air untuk mendapatkan stocknya.
3. Tumis bawang besar & bawang putih dengan menggunakan olive oil dan sedikit butter.
4. Masukkan mixed herbs, pepper dan garam secukup rasa.
5. Kemudian masukkan fresh mushroom, ayam & stocknya.
6. Akhir sekali masukkan whipped cream dan kacau rata.
7. Hidangkan carbonara sauce di atas spaghetti. Sedap dimakan panas2..

Simple kan.. En. Hubby cakap lagi sedap dari pasta yang dia makan dekat Venice.. Boleh percaya ke ni.. Hehe.. ;)

Chocolate & Baking Book

Semalam selepas berbuka & solat, En. Hubby ajak turun dekat Ground Floor GE Mall.. I tanya nak buat apa.. Dia cakap ada MPH Book Fair.. Oh i suka buku.. i suka book fair.. i suka apa2 yang berkaitan dengan buku! Maybe coz masa i baby dulu.. my dad kerja lecturer kot.. :) I jalan2 dekat book fair tu.. First book yang i grab ialah story book kanak2.. Comel sangat! Teringat buku cerita yang Abah belikan masa dia study dekat UK dulu.. Abah selalu bacakan buku cerita sambil i berdiri atas sofa dan menyikat rambut Abah. ;) Ok sambung cerita dekat book fair tu balik.. I jalan2 lagi.. i nampak buku recipe.. mabuk i dibuatnya.. Hehe.. En. Hubby, i dah tak nampak dia dah.. I suspect dia mesti tengah tengok buku motivation coz dia memang suka tu.. 'Chocolate & Baking'.. I memang dah aim buku ni.. i pun selepas itu berjalan2 mencari En. Hubby.. Dan sesi bodek membodek pun bermula.. Tambah pula dengan sesi merajuk.. Huhu.. Memang pakej.. Akhirnya buku itu milik saya! Alhamdulillah.. Thank you En. Hubby.. Love you so much!

Oh my new passion in baking! Tapi masalahnya.. kitchen i ni kecil sangat.. Oven pun tak muat nak letak.. macam mana nak baking ni.. Tiba2 teringat pula hari tu mak mertua i ada bagitau kalau nak baking boleh guna dapur dia.. Wah peluang ni.. Sambil senyum meleret2.. oh projek seterusnya membeli bahan2 untuk baking.. Nantikan hasilnya di Zaty's Kitchen ye..

I love cooking and i love baking too.. And i always love books.. so much!

Makan @ Cozy House GE Mall

Oh ini bukan i yang masak! Hehe.. Semalam berbuka di Cozy House, Great Eastern Mall Ampang. My favourite.. fried sotong with salt and pepper. Mesti and wajib order! Tak pernah jumpa lagi dekat tempat lain. Selalu sotong goreng mesti rasa tepung.. tapi yang ini tidak sama sekali.. I nak try masak la.. I rasa kena goreng dengan tepung beras or tepung serbaguna kot.. Masuk dalam list i dah.. I selalu juga tapau@take away char kue teow atau nasi goreng Cozy lepas balik kerja masa i dengan Great Eastern dulu.. Ye la masa tu bujang kan.. malas nak memasak. Hehe.. Recommended untuk semua and worth it to eat.. sesuai dengan price dia yang boleh tahan. Macam2 menu ada.. portion dia pun agak banyak.. Lepas ni i nak try makan dekat Cozy Corner@Ampang Park pula.. Semangat promote Cozy.. Kan best kalau tauke dia baca blog i ni.. boleh la bagi discount dekat i ye.. ;)

Thursday, July 8, 2010

Menu Sahur ~

Menu sahur pagi tadi.. Pernah dengar tak masakan campak2? Inilah rupanya.. Rupa tak menawan tetapi rasa menyelerakan. Makan pula dengan nasi planta & ikan kering. Nasi planta untuk sahur? Mesti pelik kan.. Actually hubby saya tolong masak nasi tapi tak cukup air. Hehe.. So i tambah la air & planta. Jadi lagi sedap pula.. Oh saya dengan En. Hubby bersemangat puasa hari ini.. Semalam En. Hubby tak tidur tengok bola dan terus sahur.. Spain vs German! Spain menang dan i rasa Ozzy(my only brother) melompat keriangan dekat Kuantan. Haha.. I rasa ramai yang mengantuk pegi kerja hari ni.. :P Ok la.. cerita pasal bola pula.. Dan resipinya..

Kailan Udang Kering

Bahan2;
1 ikat kailan~ celur dahulu untuk hilangkan rasa pahit
Bawang putih & bawang merah dihiris
3 biji cili padi diketuk
Sedikit udang kering
Sos ikan
Kicap masin

Cara2;
1. Tumis bawang putih, bawang merah & cili padi.
2. Masukkan udang kering, sos ikan & kicap masin.
3. Masukkan kailan dan kacau rata. Sedia dihidang!

~Selalu orang masak kailan dengan ikan masin. I guna udang kering sahaja coz ikan masin jeruk tu tak ada..


Ikan Sambal Special

Bahan2;

Ikan goreng:
Satu keping ikan tenggiri
Serbuk kunyit
Serbuk cili
Garam secukup rasa

Special Sambal:
Rahsianya adalah..
Sos cili nasi ayam
Sos kicap nasi ayam
Sos ikan
Sos cili thai
Chicken granules
Bawang besar dimayang
Cili merah dihiris halus

Cara2;
1. Goreng ikan terlebih dahulu.
2. Panaskan sedikit minyak. Tumis semua sos di atas sehingga naik bau.
3. Masukkan chicken granules/kiub pati ayam.
4. Akhir sekali masukkan ikan goreng, bawang besar dan cili merah.

~Masakan ni i reka2 je.. Coz tak biasa makan nasi tak ada kuah.. En. Hubby suka pula makan.. Hehe.. Kalau ada lebihan sos, janganlah buang. Daripada membazir, baik simpan dalam fridge. Boleh guna untuk masak2.. :)

Wednesday, July 7, 2010

Tutti Frutti Jelly

The recipe...

Ingredients;
Half packet of dried jelly/jelly strips
600ml x2 water
Half can of fruit cocktail
Sugar according to your taste
Vanilla essence
Rose pink & apple green colouring

The method;
1. Boil jelly strips with water & sugar until the strips are well dissolved.
2. Drop a little bit of vanilla essence & apple green colouring.
3. Put the fruit cocktail into the mixture.
4. Stir well and remove from the heat.
5. Repeat the steps using rose pink colouring.
6. Pour into the jelly cups or prepared moulds. You can use any shape that you want.
7. Let it cool in your fridge & ready to eat!

I love jelly and i always do.. lalalalala... ;)

Bihun Goreng Sempoi

Bihun goreng sempoi untuk breakfast hari ni... Bangun pagi tadi rasa macam nak makan bihun.. So buka la fridge and cari apa yang ada.. Sebab tu i panggil sempoi. Senang nak prepare untuk perut yang lapar di pagi hari. Hehe.. En Hubby pagi2 lagi dah masukkan dalam tupperware rasmi dia tu.. :) Teringat masa tadika.. slalu mama sediakan bekal.. Resepi ni turun temurun daripada my mum.. Nak tau rahsianya? Check it out resepi ni...

Bahan-bahan;
Setengah packet bihun
Ayam dipotong kecil2
Bawang merah & bawang putih
Udang kering
Setengah batang carrot dihiris halus
Taugeh
1 sudu besar chili paste
Sos tomato letak banyak2
Kicap masin
Garam secukup rasa

Cara-cara;
1. Rendam bihun di dalam air sehingga lembut.
2. Kisar bawang merah, bawang putih & udang kering.
3. Panaskan minyak dan tumis bahan yang telah dikisar bersama2 dengan chili paste. Masukkan sos tomato, kicap masin & garam secukup rasa.
4. Kemudian masukkan ayam dan kacau sehingga masak.
5. Masukkan bihun, carrot & taugeh. Goreng sehingga sebati dan sedia untuk dihidang.

Oh rahsia telah terbongkar.. Mama suka letak sos tomato banyak2.. So bila makan tak rasa muak.. Kalau tak percaya cubalah ye.. ;)

Monday, July 5, 2010

Popia Pisang with Honey

Popia pisang with honey! Inilah appetizer yang kami makan semasa berbuka tadi. My first try.. En. Hubby suka sangat.. :) Dan resipinya..

Bahan2;
Pisang rastali ~ i pakai pisang yang ada.. i rasa kalau guna pisang montel atau pisang berangan lagi sedap
Kulit popia
Margerin untuk menggoreng
Honey

Cara2;
1. Buangkan kulit pisang kemudian balut pisang dengan kulit popia.
2. Panaskan margerin dan goreng sehingga kuning keemasan.
3. Angkat dan toskan.
4. Hidangkan bersama honey atau mengikut kesukaan anda. Kalau ada sos coklat pun sedap!

Popia ni sedap dimakan semasa panas2.. rasanya ranggup dan manis.. lepas ni i nak buat lagi.. dah rasa addicted pula.. tak rugi cuba.. :)

Menu Hari Ini ~




Salam semua.. Zaty's Kitchen baru berasap hari ni.. ;) Actually last week i dekat rumah mertua coz En. Hubby outstation.. so tak update la blog.. I masak juga tapi tak bawa camera so tak ambil la gambar.. Menunya ayam padprik, daging kunyit & kailan ikan masin. Ala thai gitu.. Semangat memasak coz hari khamis lepas semua orang dalam rumah tu puasa. Nanti i masak lagi okay so boleh la share resepi..

Hari ini... i puasa lagi.. dan seperti biasa En. Hubby turut meneman. Sayang btul i dekat dia.. Menu with love~ ayam masak lemak cili padi, asparagus goreng belacan & sambal tempe ikan bilis lagi.. Ada lagi dessert 'popia pisang with honey'.. lepas berbuka i update coz masih dalam fridge. Resipi original daripada MyR.. I tgk Kak Nor Terengganu buat.. teringin nak cuba.. :)

Resipi Ayam Masak Lemak Cili Padi

Bahan2;
Setengah ekor ayam
1 biji santan kelapa
Bawang merah & bawang putih
8 biji cili padi
1 inch halia
1 batang serai diketuk
Kentang dipotong dadu
Serbuk kunyit
Garam secukup rasa

Cara2;
1. Kisar bawang merah, bawang putih, cili padi & halia.
2. Tumis bahan yang telah dikisar bersama serai yang telah diketuk sehingga naik bau.
3. Masukkan santan & serbuk kunyit. Tambah sedikit air jika terlalu pekat.
4. Kemudian masukkan ayam & kentang dan kacau sebati.
5. Dan masukkan *garam secukup rasa. Biarkan mendidih.

* Petua daripada mak mertua i ~ Kalau puasa tak boleh rasa kan.. so titikkan kuah di atas kuku ibu jari. Kalau kuah tu tak meleleh maksudnya dah cukup masin.. Cubalah!

Resepi Asparagus Goreng Belacan

Bahan2;
Asparagus
Udang sederhana dibuang kulit
Belacan
Bawang merah & bawang putih dikisar
Cili kering dikisar
Bawang besar dimayang
Kicap masin

Cara2;
1. Potong hujung asparagus coz keras tak sesuai untuk dimakan.
2. Tumis bahan yang telah dikisar bersama2 udang. Masukkan sedikit belacan.
3. Kemudian masukkan asparagus & bawang yang telah dimayang.
4. Dan akhir sekali tambah sedikit kicap masin.

* Nota: Tak perlukan garam coz belacan & kicap dah cukup masin.

Resipi sambal tempe ikan bilis sila rujuk label Sambal~ atau klik disini

Dah siap masakan untuk hari ni.. tunggu masa nak berbuka... :)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Like This Recipe?

Share |

Search This Blog