Monday, June 28, 2010

Ayam Masala

Ayam Masala favourite En. Hubby.. Simple dish for our dinner today! Actually plan nak masak nasi & satu lauk lagi.. But then rasa malas pulak nak makan nasi so makan ayam masala dengan roti sahaja. Alhamdulillah kenyang juga.. Rasa masakan agak fusion sikit.. Penuh dengan rasa spice.. En. Hubby cakap kalau stay kat oversea mesti sedap makan coz cuaca sejukkk... Bestnya kalau dapat sambung belajar dekat UK ke.. Aussie ke.. Boleh buat part time jadi chef.. berniaga makanan dekat student2.. suka sangat masak2 coz suka tengok orang makan.. Dirah@my good friend study dekat Brisbane bagitau susah nak dapat malay food yang halal.. Eh jauh pulak berangan.. Perasan pulak nak jadi chef.. hehe.. Ok lah ini resipinya;

Bahan2;
3 keping dada ayam dipotong kecil2
Bawang merah & bawang putih dikisar
Bawang besar dimayang
Cili kering dikisar
Serbuk kari
Serbuk kunyit
Serbuk cili
Bunga cengkih
Bunga lawang
Sos cili
Sos tomato
Kicap masin
Garam secukup rasa
Fresh tomato
Daun ketumbar untuk hiasan ~optional

Cara2;
1. Perapkan ayam dengan serbuk kunyit, serbuk kari & serbuk cili.
2. Kisar bawang merah, bawang putih & cili kering.
3. Panaskan minyak di dalam kuali dan tumis bunga cengkih & bunga lawang sehingga naik bau.
4. Kemudian masukkan bahan yang dikisar tadi dan tumis hingga garing.
5. Masukkan pula ayam yang telah diperap dan kacau sehingga mesra.
6. Tambahkan sedikit air,sos tomato, sos cili, kicap masin & garam secukup rasa.
7. Lastly masukkan bawang besar & fresh tomato.
8. Kacau & sedia untuk dihidangkan...

Ayam masala@ayam rempah.. Tasty hot! Kalau nak sedap lagi masukkan sedikit yogurt.. Sure terangkat! :)

2 comments:

  1. salam zaty, salam kenal juga dari kak as ya..nampak berseleranya Chicken Masala tu, insyaAllah akak nak cuba juga la.. masuk list ya.. :D

    ReplyDelete
  2. Salam Kak As.. cubalah.. suami zaty suka sgt makan..kalau makan dengan roti pita atau roti arab lagi sedap!

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Like This Recipe?

Share |

Search This Blog