Tuesday, June 22, 2010

Bihun Goreng Singapore

Bihun goreng Singapore, menu for dinner tonight.. Dah boring asyik makan nasi je so i masak la bihun.. Lagipun dah lame tak makan bihun ni.. Rase dia tak pedas sangat, sesuai untuk siapa yang tak makan pedas.. dan resipinya simple sahaja;

Bahan-bahan;
Setengah packet bihun
10 ekor udang sederhana dibuang kulit ~boleh digantikan dengan ayam kalau tak makan seafood
Bawang merah & bawang putih
Sedikit udang kering
1 biji telur ayam
Sawi
Setengah batang carrot
1 biji cili merah
1 sudu besar chili paste
Serbuk lada putih
Garam secukup rasa

Cara-cara;
1. Rendam bihun di dalam air sehingga lembut.
2. Kisar bawang merah, bawang putih & udang kering.
3. Panaskan minyak dan goreng udang terlebih dahulu. Kemudian masukkan bahan yang telah dikisar dan sedikit chili paste, serbuk lada putih serta garam. Tumis sehingga wangi.
4. Masukkan telur dan kacau sehingga masak.
5. Masukkan bihun, carrot & sawi. Goreng sehingga sebati.
6. Lastly, taburkan cili merah yang telah dihiris halus untuk hiasan.
7. Angkat dan hidangkan bersama salad & keropok ikan..

Simply irresistible... sesuai untuk 4 orang makan.. Cubalah.. :)

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Like This Recipe?

Share |

Search This Blog