Showing posts with label Nasi. Show all posts
Showing posts with label Nasi. Show all posts

Wednesday, September 1, 2010

Food, Glorious Food!

Oh my home cook..

Nasi Lemak, requested by my brother, Ozzy
Recipe click here


Tom Yam Kung, requested by En. Hubby
Recipe click here


Ketam bercili.. Requested by....me!
So kena la masak untuk diri sendiri.. ;)

My recipe

Bahan2;
3 ekor ketam
Bawang merah dikisar
Bawang putih dikisar
Cili kering dikisar
1 biji bawang besar dimayang
1 biji telur
2 sudu besar sos cili
2 sudu besar sos tomato
Sedikit belacan
Sedikit sos ikan
1 sudu kecil serbuk kunyit
Garam secukup rasa

Cara2;
1. Gaulkan ketam yang telah dibersihkan bersama2 dengan serbuk kunyit & garam.
2. Goreng sehingga masak dan ketepikan.
3. Tumis semua bahan yang telah dikisar sehingga wangi.
4. Masukkan sos cili, sos tomato, belacan & sos ikan.
5. Kemudian masukkan pula telur & kacau rata.
6. Akhir sekali masukkan ketam yang telah digoreng tadi bersama2 dengan bawang besar.
7. Sedia untuk dihidang!


Food, glorious food! :)

Monday, August 30, 2010

Steamed Chicken Rice

Salam all.. Presenting another version of my chicken rice.. Kali ni Steamed Chicken Rice pulak.. Saya & En. Hubby sekarang ni sangat health conscious.. So masak la menu yang less oil ni.. Rasa sihat je lepas makan.. ;)

Resepi boleh refer dekat sini.. Untuk nasi i tambah buah pelaga, bunga lawang dan bunga cengkih. Untuk ayam pula.. tak perlu letak honey, ganti dengan oyster sauce.. just perap & steam. Worth it to try! :)


Chicken rice~


Steamed chicken.. Using the new steamer, our wedding present..


Time to eat @ berbuka puasa!


Tuesday, August 3, 2010

Nasi Beriyani Daging

Salam semua.. Hari ni i buat experiment lagi.. hehe.. Nasi beriyani daging.. I ambil resipi dari Mat Gebu dan resepi asal oleh Chef Hanieliza. I tukar dari nasi beriyani udang kepada daging. Tapi nasi ni tak berderai la coz tak ada beras basmathi. I just pakai beras padi Malaysia + beras Siam.. Entah la sejak kebelakangan ni asyik rasa nak makan lauk kenduri je.. Mungkin sebab last week tak dapat attend kenduri bertunang saudara En. Hubby. Makan nasi beriyani ni dengan ayam masak pedas dan acar simple. En. Hubby suka makan coz ada daging.. My brother pun suka juga.. Ok la jom tengok resepi ni. Copy paste dari Dapur Tanpa Sempadan CMG.. sudah minta izin tadi.. ;)

BAHAN-BAHANNYA :-)
500 g beras basmathi, rendam 20 minit dan toskan
8 - 10 ekor udang saiz besar, dibersihkan (mat guna udang galah)* ~ i guna daging
1/2 camca teh serbuk kunyit*
Sedikit garam*(*digaul rata)
3 tangkai daun ketumbar
750 ml air
250 ml susu cair
1/2 cawan lobak merah yang didadu
1 camca besar minyak masak
3 camca besar minyak sapi ~ i guna margerin
1 helai daun pandan, disimpul
Garam secukup rasa dan secubit gula

BAHAN TUMIS :-)
2 biji bawang merah, dihiris
1 biji bawang besar, dihiris
2 ulas bawang putih, dihirs
2 cm halia, dititik
1 kayu manis
2 kuntum bunga lawang
2 biji buah pelaga
5 kuntum bunga cengkih
1 camca besar rempah beriani (mat tak letak, tapi tetap sedapp!!) ~
i guna rempah dari Terengganu

BAHAN LAIN :-)
1/3 cawan kismis, goreng sedikit
Hirisan daun sup/daun bawang
Bawang goreng

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan minyak dan minyak sapi dalam periuk, masuk bahan tumis dan daun padan, tumis hingga harum dan bawang layu. Masukkan tomato, daun ketumbar, lobak merah dan udang, gaul rata dan goreng udang hingga kemerahan.
  2. Masukkan beras yang ditoskan tadi, gaul rata dan masak sekejap. Alihkan beras dan rempah ke dalam rice cooker, tuang air dan susu cair. Tambah garam secukup rasa dan secubit gula, kacau rata.
  3. Masak nasi seperti biasa. Bila kering, tabur kismis dan sedikit bawang goreng. Biar nasi tanak betul2. Gemburkan, tabur dengan hirisan daun sup/daun bawang dan bawang goreng sebelum dihidangkan bersama acar. Nak makan dengan dalca pun ok.... ~ i makan dengan ayam masak pedas

Untuk resepi ayam masak pedas sila klik sini..

Untuk acar pula simple je.. Just hiris carrot, timun, cili merah & bawang.. Then masukkan gula + cuka.. Kalau nak sedap tambah sos cili & sos tomato.. My mum yang ajar ni.. :)

Selamat mencuba ye!

Sunday, June 27, 2010

Nasi Lemak & Sambal Tempe

Oh nasi lemak.. Habis la diet i hari ini...(>_<) Menu for our 'brunch'... Actually today plan nak makan dekat luar.. Tapi fikir2 balik, rasa nak berjimat cermat pulak.. Hehe.. So lepas tengok apa yang ada dekat kitchen, terfikir nak masak nasi lemak dengan sambal tempe.. Untuk pengetahuan semua, telur digoreng oleh En. Hubby saya. :) Dan resipinya...

Nasi

Bahan2nya;
2 pot beras
1 kotak santan (no cholestrol) ~ i prefer pakai santan kotak
Air
1 sudu kecil garam
Bawang merah & bawang putih dikisar
Daun pandan

Cara2nya;
1. Cuci beras dengan bersih.
2. Masukkan santan dengan air di dalam periuk nasi. Sukat bersamaan dengan 2 pot beras.
3. Masukkan bahan yang telah dikisar, garam & daun pandan.
4. Kacau sebati dan sedia untuk dimasak!

Sambal Ikan Bilis
Bahan2;
Ikan bilis
Cili kering
Bawang merah, bawang putih & bawang besar
Belacan
1 batang serai
Air
Garam & gula secukup rasa

Cara2nya;
1. Kisar bawang merah, bawang putih & cili kering.
2. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar tadi bersama serai dan belacan sehingga naik bau.
3. Masukkan sedikit air, garam & gula secukup rasa.
4. Biarkan sehingga agak garing dan angkat!

Sambal Tempe
Bahan2;
Tempe
Ikan bilis jepun
Chili paste
Bawang merah, bawang putih
Bawang besar dimayang
Sos cili
Sos tomato
Garam secukup rasa

Cara2;
1. Goreng tempe & goreng ikan bilis sehingga garing.
2. Tumis bahan kisar bersama dengan chili paste sehingga naik bau.
3. Masukkan sos cili, sos tomato & garam secukup rasa.
4. Lastly masukkan tempe & bawang yang telah dimayang.

Sedap dimakan begitu sahaja.. Oh saya suka tempe walaupun saya bukan orang Jawa.. ;)

Honey Chicken Rice


Saturday... weekend & family day! I'm so excited coz first time saya & En Hubby buat makan2 untuk family sebelah hubby dekat teratak kecil kami. Fikir punya fikir.. bincang punya bincang.. akhirnya decide nak masak nasi ayam. Huh.. nasi ayam? Tak pernah masak seumur hidup! Try & tawakkal je lah jawabnya.. hehe... Semangat memasak gravy nasi ayam dari malam Sabtu lagi.. Dan hasilnya adalah seperti di atas. Oh mintak maaf! Nasi tak ada coz masih dalam periuk.. ;)

Dan resipinya....

Nasi ayam
Bahan2nya;
Beras 6 pot
Stok ayam 6 pot juga
Marjerin untuk menumis
Bawang merah, bawang putih & 1/2 inch halia dikisar
2 sudu besar Oyster sauce
2 sudu besar kicap masin
Daun pandan ~optional untuk bagi wangi

Cara2nya;
1. Tumis bahan yang dikisar dengan margerin di dalam periuk nasi.
2. Masukkan oyster sauce & kicap masin.
3. Masukkan stok ayam & beras yang telah dicuci bersih.
4. Kacau hingga sebati dan masukkan daun pandan.
5. Tutup periuk nasi & tekan ON ~ berdoalah semoga nasi menjadi.. ;)

Sos cili @ Air lada
Bahan2nya;
20 biji cili merah
8 biji bawang putih
1 cawan air
1 sudu besar cuka
Setengah biji limau nipis diperah
Garam & gula

Cara2nya;
1. Kisar cili merah & bawang putih bersama2 air
2. Panaskan periuk kecil dan masukkan bahan yang telah dikisar.
3. Kemudian masukkan cuka & perahan air asam limau.
4. Lastly garam & gula sekucup rasa. Biarkan mendidih & sejukkan.

Kicap@ Sos Hainan ~ Chinese style
Bahan2nya;
Setengah botol kicap manis
5 sudu besar kicap masin
1 sudu besar minyak bijan
1 inci halia
Kiub pati ayam
Tepung jagung

Cara2nya;
1. Tumis halia bersama minyak bijan.
2. Masukkan kicap & kiub pati ayam.
3. Bancuh air bersama sedikit tepung jagung ~ untuk pekatkan sos.
4. Biarkan sehingga mendidih & sejukkan.

Ayam Goreng Madu
Bahan2nya;
2 ekor ayam
1 labu bawang putih
1 inch halia
Madu secukup rasa
5 sudu besar kicap manis
5 sudu besar kicap masin
Garam secukup rasa

Cara2nya;
1. Perapkan ayam bersama bahan2 tersebut selama 45 minit. ~ i perap semalaman & simpan dalam fridge.
2. Panaskan minyak & goreng. Gunakan kuali yang besar ye..
3. Angkat & toskan. Siap dihidang!

Sup Ayam Special
Bahan2nya;
Dada ayam dipotong kecil
Bawang putih & bawang merah dikisar
Fresh button mushroom
Carrot
Kentang
Kiub ayam
Lada sulah
Air
Garam secukup rasa
Daun ketumbar ~optional

Cara2nya;
1. Rebus ayam bersama air secukupnya sehingga mendidih.
2. Masukkan bawang yang telah dikisar.
3. Masukkan mushroom, carrot & kentang.
4. Masukkan kiub ayam, ladah sulah & garam.
5. Biarkan mendidih sekali lagi & hiaskan dengan daun ketumbar.

Huh.. penat menaip.. sangat banyak step kan.. Cuba lah ye! ;)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Like This Recipe?

Share |

Search This Blog