Showing posts with label Ikan. Show all posts
Showing posts with label Ikan. Show all posts

Thursday, August 26, 2010

Simple Menu ~

Salam semua.. Ahad lepas saya dan En. Hubby berbuka di rumah mertua. Kami stay 2 hari dekat sana so semalam baru balik.. Gambar juadah berbuka ada dekat handphone En. Hubby.. Semua sedap2! Nanti i upload okay.. Actually i tak ada idea nak masak apa semalam.. So masak yang simple je.. Menu ~ nasi putih, asam rebus ikan, fried short bean with mushroom, ikan goreng dan sambal belacan.. En. Hubby semalam ada interview.. Lepas dia balik, kami berbuka berdua je coz adik i berbuka dekat campus.. Ok la jom tengok resipi2 ni..



Bahan2;
Ikan kembung
Bawang merah & bawang putih dikisar
Cili kering dikisar
Air asam jawa
Belacan
Bendi
Air
Serbuk kunyit
Sedikit gula
Garam secukup rasa

Cara2;
1. Masukkan semua bahan yang telah dikisar bersama2 air.
2. Masukkan pula ikan yang telah dibersihkan.
3. Rebus sehingga mendidih.
4. Tambahkan sedikit air asam jawa, serbuk kunyit, belacan, gula & garam secukup rasa.
5. Akhir sekali masukkan bendi dan padamkan api. Siap dihidang..




Bahan2;
Short bean ~ kacang buncis
Grey or white oyster mushroom
Bawang merah & bawang putih dihiris
Red capsicum
1 kiub pati ikan bilis
Sedikit sos ikan
Olive oil untuk menumis

Cara2;
1. Panaskan olive oil dan tumis bawang merah & bawang putih.
2. Masukkan kuib pati ikan bilis & sedikit sos ikan.
3. Kemudian masukkan short bean, mushroom & capcisum.
4. Kacau sehingga rata & siap!

~Ramadhan kali ni rasa macam nak makan sayur je.. Selain sayur ni.. semalam makan zuchini, daun salad & tomato juga..

Sebelum mengakhiri entri ni.. Wan Midah, nenek En. Hubby telah pun meninggal dunia pada 24 Ogos 2010 bersamaan dengan 14 Ramadhan 1431H.. Al-fatihah.. Semoga Arwah ditempatkan di kalangan orang yang beriman.. Amin..

Monday, August 2, 2010

Crispy Anchovies in Honey Lemon Sauce!

Salam semua.. Crispy Anchovies in Honey Lemon Sauce versi 'tak sabar nak masak'.. Alkisah hari ini semangat nak memasak berkobar2 datang.. Tapi tak tau nak masak apa.. So pagi tadi i pun terus mencari resepi yang sedap.. Then terbaca la entri Kak Izah. Kebetulan dia baru update menu ni.. Mesti sangat sedap coz dah ramai yang try.. Walaupun tak cukup bahan i masak jugak.. and memang sedap sangat! Recommended untuk semua.. Resepi ni i copy paste je okay..

CRISPY ANCHOVIES IN HONEY LEMON SAUCE
Sumber: Amy Beh

250g ikan bilis
1 cawan tepung ubi ~ guna tepung serbaguna
1 tbsp minyak bijan
4 batang cili kering - potong
6 biji cili padi - ketuk ~ tak letak
1 biji bawang besar - hiris
2 biji lemon - perah ambil jus ~ guna lime juice
3 tbsp madu
2 tbsp air
1 tbsp sos ikan
Kacang gajus panggang ~guna gajus dari Turki
bijan ~ tak letak
daun kari ~tak letak

Basuh ikan bilis. Rendam sekejap dlm 10-15min. Toskan kemudian lap dengan kitchen towel. Campurkan dengan tepung. Gaul. Panaskan minyak. Goreng hingga garing. Angkat dan toskan.

Dalam kuali lain, panaskan minyak bijan. Goreng cili kering, bawang, cili padi dan daun kari sekejap.

Masukkan jus lemon, sos ikan, air dan juga madu. Kacau hingga agak pekat. Masukkan ikan bilis, kekacang serta taburkan bijan jika suka. Gaul rata dan sebati. Angkat dan hidangkan.

Betul la cakap Kak Izah.. lepas ni nak buat lagi.. nak buat banyak2.. simpan untuk bersahur nanti.. Oh Ramadhan dah hampir tiba.. Can't wait.. :)


Tuesday, July 13, 2010

Jom Masak ~



Jom masak! Menu untuk hari ini sambal udang, gulai ikan masin nenas & siew pak choy with mushroom. Actually today my family datang KL.. Mama & abah are going to Turki for 9 days! Bestnya kalau dapat ikut.. Adik pun tak dapat ikut coz semester baru dah nak start.. Dulu i selalu ikut my parent pergi oversea. Teringin nak pergi lagi.. Kalau ada rezeki nak pergi London & Paris bersama2 En. Hubby & my only brother sekali. InsyaAllah.. Semangat i masak hari ini untuk jamu my family..Tapi my family ni tak sampai2 lagi.. So i update la blog ni dulu ye.. Resepinya..

Sambal Udang

Bahan2;
15 ekor udang sederhana
Bawang merah & bawang putih dikisar
Cili kering dikisar
Bawang merah dimayang
Sedikit belacan
Sedikit sos tomato
Kicap manis & kicap masin
Kunyit serbuk
Garam secukup rasa

Cara2;
1. Kisar bawang putih, bawang merah & cili kering.
2. Gaulkan udang bersama2 dengan serbuk kunyit dan sedikit garam.
3. Panaskan minyak dan goreng udang terlebih dahulu. Kemudian tumis bahan yang telah dikisar tadi sehingga garing.
4. Masukkan sos tomato, belacan, kicap manis, kicap masin dan garam secukup rasa.
5. Taburkan bawang yang telah dimayang & kacau rata. Sedia untuk diangkat.


Gulai Ikan Masin & Nenas

Bahan2;
Ikan masin ~ Tulang ikan merah
1 biji nenas yang telah masak dipotong
Santan bersamaan 1 biji kelapa
1 batang serai
Bawang merah & bawang putih
1 inch halia
Cili kering yang telah dikisar
Serbuk kunyit
Sedikit air
*Sedikit garam

Cara2;
1. Rendamkan ikan masin di dalam air & bersihkan.
2. Tumis bawang putih, bawang merah & halia yang telah dikisar. Masukkan serai & cili kering kisar dan tumis lagi sehingga wangi.
3. Kemudian masukkan santan bersama2 sedikit air. Masukkan pula sedikit serbuk kunyit. Kacau sehingga sebati.
4. Seterusnya masukkan ikan masin & nenas dan biarkan mendidih.

* Tidak perlu masukkan garam sekiranya kuah sudah cukup masin. Terpulang kepada jenis ikan masin yang anda gunakan.


Siew Pak Choy with Mushroom

Bahan2;
1 ikat Siew Pak Choy (baby sawi)
White oyster mushroom
Cherry tomato
Bawang merah & bawang putih dihiris
1 kiub pati ikan bilis
Oyster sauce
Fish sauce
Kicap cair
Cili merah dihiris untuk hiasan

Cara2;
1. Tumis bawang merah & bawang putih yang telah dihiris.
2. Masukkan kiub pati ikan bilis, oyster sauce, fish sauce dan kicap cair.
3. Kemudian masukkan siew pak choy, mushroom & cherry tomato. Kacau sehingga rata.
4. Hiaskan dengan sedikit cili merah yang telah dihiris. Sedia untuk dihidang.

Saya enjoy memasak hari ini.. Menu lengkap dan mudah disediakan.. So jom la masak2 !

Saturday, July 10, 2010

Lunch At Home



Lunch hari ini = kari ikan tenggiri, sambal kacang botol & ikan masin special! Actually plan nak keluar pergi area Cheras but then malas pulak nak lalu MRR2 coz hari ini hari Sabtu bersamaan dengan hari jam! hehe.. so duduk la rumah dan masak2 bersama assistant chef, En. Hubby.. Dan terimalah resepi ini.. :)

Kari Ikan Tenggiri

Bahan2;
1 keping ikan tenggiri
Bawang merah & bawang putih
Cili kering
1/2 inch halia
2 sudu besar serbuk kari
1 sudu besar serbuk cili
1 sudu kecil serbuk kunyit
Bunga cengkih
Bunga lawang
Kulit kayu manis
Buah pelaga
Santan ~ i pakai santan packet
Air asam jawa
Kacang bendi
Tomato
Garam secukup rasa

Cara2;
1. Kisar bawang merah, bawang putih, cili kering dan halia.
2. Panaskan sedikit minyak. Tumis, bunga cengkih, bunga lawang, kulit kayu manis & buah pelaga sehingga naik bau. Kemudian tumis pula bahan yang telah dikisar.
3. Masukkan rempah kari, serbuk cili, dan serbuk kunyit. Sebaik2nya campurkan dulu bersama2 sedikit air. Tumis sehingga wangi.
4. Kemudian masukkan santan dan air asam jawa.
5. Masukkan pula ikan dan kacau sebati.
6. Akhir sekali masukkan kacang bendi, tomato dan sedikit garam. Sedia untuk dihidang!


Sambal Kacang Botol

Bahan2;
Kacang botol
Bawang merah dihiris halus
Udang kering
Cili kering dikisar
Kicap masin
Sos ikan
Belacan
Cili merah untuk hiasan

Cara;
1. Tumis bawang merah bersama2 udang kering.
2. Kemudian masukkan pula cili kering dan tumis lagi.
3. Masukkan belacan, kicap masin & sos ikan. Kacau sehingga rata.
4. Akhir sekali masukkan kacang botol & cili merah. Siap..


Ikan Masin Special ~ so simple.. i saje nak bagi ikan masin ni nampak special.. ;)

Bahan2;
Ikan masin tenggiri jeruk
1 biji telur
Limau nipis
Bawang merah dihiris
Cili padi

Cara2;
1. Kacau telur dan masukkan ikan masin.
2. Panaskan minyak dan goreng ikan masin tersebut.
3. Balutkan sedikit ikan masin dengan telur.
4. Lagi garing lagi sedap..! Hiaskan dengan limau nipis, bawang merah dan cili padi yang telah dihiris.

Oh hari ini saya & En. Hubby makan nasi siap tambah lagi.. Ini semua kerana si ikan masin special.. Hehe.. ;)

Thursday, July 8, 2010

Menu Sahur ~

Menu sahur pagi tadi.. Pernah dengar tak masakan campak2? Inilah rupanya.. Rupa tak menawan tetapi rasa menyelerakan. Makan pula dengan nasi planta & ikan kering. Nasi planta untuk sahur? Mesti pelik kan.. Actually hubby saya tolong masak nasi tapi tak cukup air. Hehe.. So i tambah la air & planta. Jadi lagi sedap pula.. Oh saya dengan En. Hubby bersemangat puasa hari ini.. Semalam En. Hubby tak tidur tengok bola dan terus sahur.. Spain vs German! Spain menang dan i rasa Ozzy(my only brother) melompat keriangan dekat Kuantan. Haha.. I rasa ramai yang mengantuk pegi kerja hari ni.. :P Ok la.. cerita pasal bola pula.. Dan resipinya..

Kailan Udang Kering

Bahan2;
1 ikat kailan~ celur dahulu untuk hilangkan rasa pahit
Bawang putih & bawang merah dihiris
3 biji cili padi diketuk
Sedikit udang kering
Sos ikan
Kicap masin

Cara2;
1. Tumis bawang putih, bawang merah & cili padi.
2. Masukkan udang kering, sos ikan & kicap masin.
3. Masukkan kailan dan kacau rata. Sedia dihidang!

~Selalu orang masak kailan dengan ikan masin. I guna udang kering sahaja coz ikan masin jeruk tu tak ada..


Ikan Sambal Special

Bahan2;

Ikan goreng:
Satu keping ikan tenggiri
Serbuk kunyit
Serbuk cili
Garam secukup rasa

Special Sambal:
Rahsianya adalah..
Sos cili nasi ayam
Sos kicap nasi ayam
Sos ikan
Sos cili thai
Chicken granules
Bawang besar dimayang
Cili merah dihiris halus

Cara2;
1. Goreng ikan terlebih dahulu.
2. Panaskan sedikit minyak. Tumis semua sos di atas sehingga naik bau.
3. Masukkan chicken granules/kiub pati ayam.
4. Akhir sekali masukkan ikan goreng, bawang besar dan cili merah.

~Masakan ni i reka2 je.. Coz tak biasa makan nasi tak ada kuah.. En. Hubby suka pula makan.. Hehe.. Kalau ada lebihan sos, janganlah buang. Daripada membazir, baik simpan dalam fridge. Boleh guna untuk masak2.. :)

Tuesday, June 29, 2010

Ikan 3 Rasa

Sup sayur sudah.. gulai udang tempoyak pun sudah... Dan main dish hari ini ialah Ikan 3 Rasa.. Sebenarnya memang plan nak berbuka dekat Wangsa Walk hari ni.. Tapi fikir2 balik first day puasa nak berbuka dekat rumah pulak.. So masak lah ikan 3 rasa ni ala2 makan dekat restoran kan.. ;) My first try.. hehe.. And the recipe...

Bahan2;
Ikan ~ ikut kesukaan anda
Serbuk kunyit
Bawang merah & bawang putih dikisar
Cili kering dikisar
Sos tomato
Kicap manis
Gula
Fresh tomato dipotong dadu
Bawang besar dipotong kecil2
Garam secukup rasa

Cara2;
1. Gaulkan ikan yang telah dibersihkan bersama dengan serbuk kunyit dan garam.
2. Kemudian goreng di dalam minyak yang panas.
3. Tumis pula bahan yang telah dikisar.
4. Masukkan sos tomato, kicap manis, gula & garam. Kacau rata..
5. Lastly masukkan tomato dan bawang besar.
6. Hidangkan ikan di atas pinggan & curahkan sambal 3 rasa tersebut di atasnya.

Simple kan.. Lagi sedap kalau ditambah pineapple.. Ikan 3 rasa = pedas+ masam+manis.. :)

Monday, June 21, 2010

Asam Pedas Ikan Tenggiri

My hubby loves to eat kacang bendi @ lady's finger. So.. yang paling senang nak masak, asam pedas ikan tenggiri with kacang bendi. Bahan mentah we all shopping dekat Pasar Besar Taman Tun Dr Ismail. Recommended untuk yang tinggal area Damansara.. So fresh! :)



Bahan-bahannya...

2 keping ikan tenggiri ~ make sure cari yang fresh
Kacang bendi ~ kalau suka letak banyak2 ;)
Bawang merah & bawang putih
Cili kering
1 batang serai
Asam jawa
Garam secukup rasa
* Boleh letak belacan kalau suka

Cara-caranya pula.. senang saja..
1. Blend bawang merah, bawang putih & cili kering
2. Panaskan sedikit minyak, masukkan bahan yang dah dikisar tadi bersama serai. Tumis sehingga wangi..
3. Masukkan ikan, sedikit air and air asam jawa
4. Lastly masukkan kacang bendi & garam secukup rasa. Kalau suka nak masukkan tomato pun boleh..
5. Boil sehingga mendidih & siap dihidang! :)




LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Like This Recipe?

Share |

Search This Blog