Showing posts with label Gulai. Show all posts
Showing posts with label Gulai. Show all posts

Tuesday, July 13, 2010

Jom Masak ~



Jom masak! Menu untuk hari ini sambal udang, gulai ikan masin nenas & siew pak choy with mushroom. Actually today my family datang KL.. Mama & abah are going to Turki for 9 days! Bestnya kalau dapat ikut.. Adik pun tak dapat ikut coz semester baru dah nak start.. Dulu i selalu ikut my parent pergi oversea. Teringin nak pergi lagi.. Kalau ada rezeki nak pergi London & Paris bersama2 En. Hubby & my only brother sekali. InsyaAllah.. Semangat i masak hari ini untuk jamu my family..Tapi my family ni tak sampai2 lagi.. So i update la blog ni dulu ye.. Resepinya..

Sambal Udang

Bahan2;
15 ekor udang sederhana
Bawang merah & bawang putih dikisar
Cili kering dikisar
Bawang merah dimayang
Sedikit belacan
Sedikit sos tomato
Kicap manis & kicap masin
Kunyit serbuk
Garam secukup rasa

Cara2;
1. Kisar bawang putih, bawang merah & cili kering.
2. Gaulkan udang bersama2 dengan serbuk kunyit dan sedikit garam.
3. Panaskan minyak dan goreng udang terlebih dahulu. Kemudian tumis bahan yang telah dikisar tadi sehingga garing.
4. Masukkan sos tomato, belacan, kicap manis, kicap masin dan garam secukup rasa.
5. Taburkan bawang yang telah dimayang & kacau rata. Sedia untuk diangkat.


Gulai Ikan Masin & Nenas

Bahan2;
Ikan masin ~ Tulang ikan merah
1 biji nenas yang telah masak dipotong
Santan bersamaan 1 biji kelapa
1 batang serai
Bawang merah & bawang putih
1 inch halia
Cili kering yang telah dikisar
Serbuk kunyit
Sedikit air
*Sedikit garam

Cara2;
1. Rendamkan ikan masin di dalam air & bersihkan.
2. Tumis bawang putih, bawang merah & halia yang telah dikisar. Masukkan serai & cili kering kisar dan tumis lagi sehingga wangi.
3. Kemudian masukkan santan bersama2 sedikit air. Masukkan pula sedikit serbuk kunyit. Kacau sehingga sebati.
4. Seterusnya masukkan ikan masin & nenas dan biarkan mendidih.

* Tidak perlu masukkan garam sekiranya kuah sudah cukup masin. Terpulang kepada jenis ikan masin yang anda gunakan.


Siew Pak Choy with Mushroom

Bahan2;
1 ikat Siew Pak Choy (baby sawi)
White oyster mushroom
Cherry tomato
Bawang merah & bawang putih dihiris
1 kiub pati ikan bilis
Oyster sauce
Fish sauce
Kicap cair
Cili merah dihiris untuk hiasan

Cara2;
1. Tumis bawang merah & bawang putih yang telah dihiris.
2. Masukkan kiub pati ikan bilis, oyster sauce, fish sauce dan kicap cair.
3. Kemudian masukkan siew pak choy, mushroom & cherry tomato. Kacau sehingga rata.
4. Hiaskan dengan sedikit cili merah yang telah dihiris. Sedia untuk dihidang.

Saya enjoy memasak hari ini.. Menu lengkap dan mudah disediakan.. So jom la masak2 !

Monday, July 5, 2010

Menu Hari Ini ~




Salam semua.. Zaty's Kitchen baru berasap hari ni.. ;) Actually last week i dekat rumah mertua coz En. Hubby outstation.. so tak update la blog.. I masak juga tapi tak bawa camera so tak ambil la gambar.. Menunya ayam padprik, daging kunyit & kailan ikan masin. Ala thai gitu.. Semangat memasak coz hari khamis lepas semua orang dalam rumah tu puasa. Nanti i masak lagi okay so boleh la share resepi..

Hari ini... i puasa lagi.. dan seperti biasa En. Hubby turut meneman. Sayang btul i dekat dia.. Menu with love~ ayam masak lemak cili padi, asparagus goreng belacan & sambal tempe ikan bilis lagi.. Ada lagi dessert 'popia pisang with honey'.. lepas berbuka i update coz masih dalam fridge. Resipi original daripada MyR.. I tgk Kak Nor Terengganu buat.. teringin nak cuba.. :)

Resipi Ayam Masak Lemak Cili Padi

Bahan2;
Setengah ekor ayam
1 biji santan kelapa
Bawang merah & bawang putih
8 biji cili padi
1 inch halia
1 batang serai diketuk
Kentang dipotong dadu
Serbuk kunyit
Garam secukup rasa

Cara2;
1. Kisar bawang merah, bawang putih, cili padi & halia.
2. Tumis bahan yang telah dikisar bersama serai yang telah diketuk sehingga naik bau.
3. Masukkan santan & serbuk kunyit. Tambah sedikit air jika terlalu pekat.
4. Kemudian masukkan ayam & kentang dan kacau sebati.
5. Dan masukkan *garam secukup rasa. Biarkan mendidih.

* Petua daripada mak mertua i ~ Kalau puasa tak boleh rasa kan.. so titikkan kuah di atas kuku ibu jari. Kalau kuah tu tak meleleh maksudnya dah cukup masin.. Cubalah!

Resepi Asparagus Goreng Belacan

Bahan2;
Asparagus
Udang sederhana dibuang kulit
Belacan
Bawang merah & bawang putih dikisar
Cili kering dikisar
Bawang besar dimayang
Kicap masin

Cara2;
1. Potong hujung asparagus coz keras tak sesuai untuk dimakan.
2. Tumis bahan yang telah dikisar bersama2 udang. Masukkan sedikit belacan.
3. Kemudian masukkan asparagus & bawang yang telah dimayang.
4. Dan akhir sekali tambah sedikit kicap masin.

* Nota: Tak perlukan garam coz belacan & kicap dah cukup masin.

Resipi sambal tempe ikan bilis sila rujuk label Sambal~ atau klik disini

Dah siap masakan untuk hari ni.. tunggu masa nak berbuka... :)

Tuesday, June 29, 2010

Gulai Udang Tempoyak

Oh.. bukan sup sayur je.. Gulai udang tempoyak pun ada hari ni... :) Actually i tak plan pun nak masak.. kebetulan ada sambal tempoyak lebih yang ayah mertua beli masa datang rumah hari tu. So terhasil la menu ni.. ;) I hentam je coz puasa kan.. Tak boleh nak rasa.. I tambah kacang bendi dan kentang sebab nak pekatkan kuah ni. Dan resipinya....

Bahan2;
Udang sederhana ~ i pakai fresh water prawn
Santan ~ Hari ini i pakai 1 packet santan powder
Bawang merah & bawang putih dikisar
Cili kering dikisar
1 batang serai diketuk
1/2 inch halia diketuk juga
Tempoyak
Serbuk kunyit
Kacang bendi
Ubi kentang
Garam secukup rasa

Cara2;
1. Tumis bahan yang telah dikisar bersama2 serai & halia yang telah diketuk. Tujuan ketuk tu sebab nak bagi bau lebih wangi.
2. Masukkan santan & serbuk kunyit. Kacau sehingga rata dan masukkan ubi kentang. Biarkan sehingga empuk.
3. Kemudian masukkan udang dan tempoyak. Kacau lagi..
4. Akhir sekali masukkan kacang bendi & siap dihidang!

Untuk penggemar tempoyak.. boleh la cuba resipi ini.. :)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Like This Recipe?

Share |

Search This Blog