Showing posts with label Makan. Show all posts
Showing posts with label Makan. Show all posts

Tuesday, January 25, 2011

Supplement Semasa Mengandung

Salam untuk semua.. My blog is like my diary.. So hari ni nak share dengan semua supplement yang saya ambil semasa mengandung. Hope suatu hari nanti dapat menjadi rujukan untuk saya dan semua..

Sebelum mengandung, atas nasihat doctor saya amalkan mengambil folic acid satu biji setiap hari. Tujuannya adalah untuk menguatkan DNA. Selain itu, saya juga mengambil evening primrose oil untuk menstabilkan hormon.. Alhamdulillah setelah sebulan berusaha akhirnya dengan izin Allah saya conceive pada bulan September 2010.. Betapa gembiranya hati ini hanya Tuhan yang tahu..

Setelah mengandung, saya pun bertanya dengan rakan2 dan juga saudara mara yang telah berpengalaman tentang supplement yang mereka ambil semasa mengandung.. Ada yang ambil Herbalife, aloe vera juice, soya bean, susu kambing dan macam2 lagi...

Pada trimester pertama, doctor memberi folic acid dan juga calcium.. Lepas masuk trimester kedua, doctor bagi pula obimin dan sampai sekarang saya mengambil obimin dan calcium. Selain itu saya juga mengambil supplement lain.. So dekat sini saya nak share dengan semua..


Anmum Materna Perisa Chocolate
Try ambil yang biasa tapi tak bleh nak minum... ;)



Calcium & Magnesium Plus
Untuk pertumbuhan tulang baby dan juga menguatkan tulang kita


Neurogain ~ untuk perkembangan otak baby
Recommended by Dr Suraya Arshad KSH


Susu kambing ~ untuk mengelakkan baby kena demam kuning


Fruit juice especially orange & apple juice..
Setiap hari saya minum. Actually nak mengelakkan mual masa mula2 mengandung. Tapi sampai sekarang still minum..



Soya bean milk..
Orang kata boleh membuatkan baby berkulit cerah.. Saya pun minum jugak.. :)



Yogurt drink..
Dari dulu memang suka minum.. Bagus untuk penghadaman & tinggi dengan calcium..



Selain air mineral, saya juga minum air Bio-Disc.. Air ini bagus untuk perkembangan baby..
Alhamdulillah.. saya bersyukur pada Allah.. setakat ini kandungan saya dalam keadaan baik.. Thanks En. Hubby coz belikan semua supplement ni untuk anak kita yang bakal lahir nanti..


"Ya Allah Ya Tuhanku.. Kurniakanlah kami anak yang sihat, sempurna, cantik, cerdik, soleh dan solehah, taat pada perintahMu dan pandai membaca Al-Quran.."
Amin..


Pictures from Google~

Monday, January 24, 2011

Alkisah.. Mengidam..

Salam semua.. Dah lama tak update blog kesayangan ni.. Rasanya dah 3 bulan.. Teringat masa mula-mula start blogging dulu.. Semua resepi nak update.. Hehe.. I love sharing.. Ada orang cakap sharing is caring.. So hari ni nak sangat share experience saya mengidam!

Syukur pada Allah.. dengan rezeki dan rahmatNya, sekarang dah masuk 5 bulan lebih saya mengandungkan anak pertama.. Sebab tu la kurang masuk dapur.. Last month baru start masak2.. Tu pun resepi yang biasa2 je..

Dulu bila dengar orang mengidam, rasa macam biasa sahaja.. Tapi bila dah mengandung baru la rasa teruknya mengidam tu! Mula2 start mengidam masa kandungan masuk sebulan.. Baby asyik nak makan Chinese food je.. Nak makan yang sedap2 dan panas2.. Huhu.. Makanan lain memang tak lalu langsung.. Nasi lauk biasa memang tak lalu.. Tapi kalau burger ok la.. Tu pun En. Hubby yang masak atau belikan..
Bila dah masuk 4 bulan.. dah ada selera makan.. mengidam pun menjadi lagi teruk.. Hehe.. Saya mengidam sangat nak makan udang galah!




Dan kalau boleh...
Udang galah masak lemak cili padi! :)


Alhamdulillah.. setelah sebulan En. Hubby mencari.. akhirnya ada rezeki untuk baby... Kesian En. Hubby mencari udang galah sampai ke Pasar Borong Selangor.. Walaupun tak dapat beli udang galah sebab bukan musimnya, tapi En. Hubby still tak putus asa.. Selalu memujuk hati ini.. Love u my dear..
Bila cerita pasal rezeki.. semuanya dari Allah.. bila kita berusaha.. Allah akan makbulkan apa yang kita inginkan..

Minggu lepas kami balik ke Kuantan~ my hometown kerana ada appointment dengan doctor. Check up baby, register untuk bersalin dan exercise class.. Sampai di rumah cerita la dekat my parents mengidam nak makan udang galah..
Abah dengar je terus semangat nak mencari udang galah.. siap tanya saudara mara lagi.. dan ada saudara baik hati yang nak tolong orderkan.. Tapi kami dah nak balik KL pada hari Ahad, so dah tak sempat.. Pagi Ahad tu pagi2 lagi Abah dah keluar nak mencari udang galah.. Sebelum tu dia singgah dekat satu restoran nak beli kari kambing.. Dia pun tergerak hati nak bertanya ada jual udang galah tak.. Pemilik restoran tu pun cakap ada tapi sedikit je dan belum dimasak lagi.. Dia cerita sebenarnya dah 2 bulan dia order udang galah tapi baru dapat.. Mula2 Abah nak beli udang yang belum masak tu.. tak kisah la banyak mana tapi dia tak jual.. Bila cerita je anak mengidam terus dia bagi.. Inilah yang dinamakan rezeki..

Rasa macam tak percaya dapat makan udang galah tu setelah sebulan mengidam.. Makan satu pun dah cukup.. Sebenarnya teringin nak makan kepala udang galah yang manis tu.. Mama goreng je udang galah tu coz tak sempat nak buat gulai.. Lebih udang galah yang belum masak bawa balik ke KL.. Nanti dah masak saya update ok! :)

Begitulah rasanya mengidam..

Dan hopefully lepas ni dah tak mengidam makanan yang susah nak cari lagi.. ;)

~Gambar ihsan En. Google..

Friday, October 22, 2010

Makan @ Italiannies 1 Utama

Jom makan2 lagi! Sempena birthday En. Hubby, both of us celebrate @ Italiannies 1 Utama, Damansara.. Menu sangat variety.. Ada pizza, ada pasta dan macam2 lagi.. Kalau ikutkan semua nak order.. But at last kami order ini sahaja.. Main course share dengan En. Hubby coz portion dia agak banyak.. Ok jom tengok ni..

Italiannies

Starter ~ Fried calamari, cheese balls, rissoto balls & fried zucchini

Main course ~ Grilled chicken

Strawberry Colada Smoothies

Grape Smoothies

Overall we all sangat kenyang.. Makan pun tak habis so kami take away.. Recommended for those yang suka western food.. :)

Wednesday, October 13, 2010

Daging Blackpepper & Makan-Makan

Salam all.. Dah lama juga tak update resipi.. ;) So hari ni let me share resipi daging blackpepper yang i masak hari tu masa makan-makan dengan my friends dekat teratak kecil kami ni..


Resipi

Bahan2;
500gm daging batang pinang
2 sudu besar serbuk lada hitam
Bawang merah & bawang putih dikisar
2 batang daun saderi dihiris
1 biji capsicum dipotong dadu
1 biji bawang besar dimayang
3 biji kentang digoreng
1 sudu besar oyster sauce
1 sudu besar kicap manis
1 sudu besar kicap masin
Garam secukup rasa
Sedikit air
Sedikit minyak bijan
Minyak untuk menumis

Cara2;
1. Hiris daging nipis2 dan rebus sehingga empuk.
2. Goreng kentang yang dipotong bentuk 'wedge' sehingga garing.
3. Kemudian, tumis bawang merah & bawang putih yang telah dikisar.
4. Setelah naik bau masukkan, lada hitam, oyster sauce, kicap manis & masin.
5. Kacau sehingga rata & masukkan daging.
6. Masukkan pula daun saderi, capsicum & bawang besar.
7. Tambahkan sedikit air sekiranya terlalu pekat. Jika suka lebih pekat pula, tambahkan sedikit tepung jagung.
8. Akhir sekali masukkan kentang yang telah digoreng, sedikit minyak bijan dan garam secukup rasa.

Siap dihidang! Selain nasi, daging blackpepper ni sedap juga dimakan dengan roti..






Spaghetti chicken bolognese, butter rice, daging blackpepper, ayam masak pedas, salad, brocolli with mushroom, chocolate cake by my MIL & puding kastard buah-buahan.

Sekarang ni asyik rasa nak makan chinese food je.. Hehe.. :)


Makan @ Sara Thai Kuantan

Salam semua.. Dah lama tak update blog kesayangan ni.. Bukan tak kisah dekat blog ni tapi macam2 event happened dalam sebulan ni.. Last week kami balik Kuantan sempena dengan convocation adik En. Hubby, Izran dan juga kenduri doa selamat untuk Mama & Abah yang akan menunaikan haji. Alhamdulillah.. Bulan ni bulan yang penuh dengan kegembiraan.. Berita yang paling gembira adalah kami sekarang bukan lagi berdua tapi akan bertiga.. :) Semoga Allah lindungi jantung hati kami ini..


Makan malam bersempena dengan convocation Izran @ Sara Thai Kuantan
Jom tengok!

Tom Yam


Sotong Tepung yang gebu!


Kangkung Belacan, Kerabu Mangga

Dan...

Ikan Siakap Steam.. En. Hubby lupa nak ambil gambar coz dia dah start makan dah! ;)
Makanan sedap sangat.. Harga pun berpatutan..

Thank you to Izran & Sha coz belanja makan!
Congratulations & happy convocation.. Have a great career ahead.. :)

Saturday, September 25, 2010

Welcome Back! :)

Salam semua... Puasa sudah.. Raya pun sudah.. Cepat betul masa berlalu kan.. Dah lama tak blogging rasa rindu sangat dekat my kitchen ni.. Actually minggu ni i tak berapa sihat.. Demam + stomach cramp + sakit kepala + muntah2.. Memang cukup pakej.. Masak pun simple2 je.. Tak ada resepi baru.. Ok la.. Let the pictures tell the story.. :)


Jamuan raya ke-4 @ my hometown
My mum order nasi beriyani..


Breakfast with carbonara requested by En. Hubby
Dah jemu makan raya dishes kot.. ;)


My red velvet cupcake with cream cheese topping.. Siapa yang nak order let me know ya.. :)


Banana carrot cake@Cameron Highlands
Craving to eat this!


And the good news.. Ingat lagi tak story 'suka duka membuat roti' yang i post dulu.. Finally i dah berjaya buat roti sebelum raya hari tu.. En. Hubby belikan yis yang baru.. Betul la yis yang i beli tu dah mati.. ;)


Doh naik..


Dan naik lagi...


Roti yang gebu...


I love cooking & baking so much! Nanti i upload recipe yang baru ye..

Tq En. Hubby for the pictures.. :)



Saturday, August 28, 2010

Berbuka Puasa @ Ali Baba's Kebab

Salam semua.. Semalam kami berbuka di Ali Baba's Kebab Ampang, opposite Ampang Point.. Ada satu cawangan lagi dekat Jalan Ampang. Actually kami memang plan nak makan dekat luar. Ini kali kedua kami makan Iranian Food di Ali Baba's Kebab. First time makan dengan Abah & Mama.. Masa tu En. Hubby baru bertunang dengan i.. Malu2 nak makan konon.. Hehe.. My family memang suka makanan negara timur tengah ni especially Abah.. Sekarang ni En. Hubby pun dah join sekali.. ;)

Ali Baba's Kebab ada buat promotion sempena Ramadhan with reasonable price. So En. Hubby pun booking tempat untuk 3 orang termasuk my brother, Ozzy. Dan kami pergi selepas solat Maghrib.. Parking senang sangat, just park your car beside the road.. Ok semua.. enjoy viewing the delicious & tasty foods.. Highly recommended!















End with Iranian Tea.. Sedapnya!



Thursday, August 26, 2010

Berbuka Puasa @ Rumah Mertua


Menu berbuka puasa pada Ahad lepas ~ 22 Ogos 2010 di rumah mertua;


Dari kiri: Mango delight(dalam kotak) dibeli oleh Abang Imran & Kak Ana, kurma, sira pisang, teh o panas, kuih akok & kuih bengkang(dalam polystrene), sambal belacan, pecal by Sha, lauk pauk, nasi, tembikai, laksa Johor & John King's tarts(dalam kotak jugak), Izran & Sha yang beli.. Banyak kan.. ;)


Air tangan Mak ~ Nasi putih, dalca & tempe goreng dengan tauhu & ikan bilis..
Dalca ni sangat sedap! Tak lupa juga ayam percik Pak Su Him..


Laksa Johor ~ Ayah's favourite



Oh yang ini menu berbuka hari lain, masa Mak & Ayah balik Kelantan. Beli dekat Bazaar Ramadhan TTDI..


Nasi Beriyani, kari daging & kambing, dalca, acar, ayam kampung goreng yang Ayah beli & kuih muih.. Makan bertiga je dengan Aziah..

Alhamdulillah.. rezeki di bulan puasa..


Credits: All the photos above were captured by En. Hubby.. Tq.. :)

Tuesday, August 10, 2010

Makan @ Restoran Sri Melaka


Salam semua.. Satu lagi entri makan2.. Sabtu lepas dinner bersama family En. Hubby di Restoran Sri Melaka, Taman Tun Dr. Ismail. Abang En. Hubby belanja kami semua untuk celebrate his convocation & juga bersempena dengan birthday adik bongsu En. Hubby, Aziah.

Specialty restoran ni adalah asam pedasnya.. Antara menu yang kami order adalah asam pedas, tom yam, kerabu mangga, ayam goreng dengan gajus, butter prawn, asparagus goreng & kailan.. Sesuai sangat kalau nak dinner atau berbuka puasa bersama family and friends.. Recommended untuk semua!

Bulan Ramadhan yang ditunggu2 telah pun tiba.. Selamat berpuasa dari Zaty & family.. Semoga Ramadhan kali ini membawa seribu rahmat dan keberkatan kepada kita semua.. InsyaAllah..

Oh dah kena fikir nak masak apa untuk bersahur.. ;)

Friday, August 6, 2010

Makan @ Flaming Steamboat Buffet


Salam semua.. Last night, En. Hubby booking steamboat buffet@ Flaming Setapak for our dinner.. So i tak masak la.. Suka sangat bila we all makan dekat luar coz mesti makan yang sedap2.. ;) Actually Flaming Steamboat Buffet ni just buka cawangan baru dekat Setapak. Restoran utama dekat Sunway. First time we try coz ada promotion.. Klik sini ya.. Sempat lagi you all nak pergi and try.. coz sangat murah tau! Steamboat ni ada 2 jenis kuah, tomyam & soup. My favourite pick.. prawns, razor clams, mussels, scallops and dumplings.. Ada smiley star fish balls yang comel, fresh vege, fried rice, wantan, kuih-muih, ice cream and macam2 lagi.. :) Steamboat ni kalau makan ramai2 dengan family or friends mesti lagi best kan..



All you can eat! Oh kami berdua sangat kenyang.. ;)

Friday, July 9, 2010

Makan @ Cozy House GE Mall

Oh ini bukan i yang masak! Hehe.. Semalam berbuka di Cozy House, Great Eastern Mall Ampang. My favourite.. fried sotong with salt and pepper. Mesti and wajib order! Tak pernah jumpa lagi dekat tempat lain. Selalu sotong goreng mesti rasa tepung.. tapi yang ini tidak sama sekali.. I nak try masak la.. I rasa kena goreng dengan tepung beras or tepung serbaguna kot.. Masuk dalam list i dah.. I selalu juga tapau@take away char kue teow atau nasi goreng Cozy lepas balik kerja masa i dengan Great Eastern dulu.. Ye la masa tu bujang kan.. malas nak memasak. Hehe.. Recommended untuk semua and worth it to eat.. sesuai dengan price dia yang boleh tahan. Macam2 menu ada.. portion dia pun agak banyak.. Lepas ni i nak try makan dekat Cozy Corner@Ampang Park pula.. Semangat promote Cozy.. Kan best kalau tauke dia baca blog i ni.. boleh la bagi discount dekat i ye.. ;)

Friday, June 25, 2010

Makan @ Rasa Nyonya Penang



Semalam i tak masak.. so pergi la makan dengan En. Hubby dekat Rasa Nyonya Penang @ Ampang. Just nearby our house.. Dah lama nak ajak dia makan dekat situ.. First time makan dengan Mama. Specialty ~ mi udang! Sangat sedap tau..

So jom lah.. jalan-jalan cari makan.. ;)

Tuesday, June 22, 2010


BEAUTIFUL FOODS
from my hubby's mobile phone


Yummy Asam Sweet Sour Siakap Steam


Fruits Heaven @ Cake Sense


Originally from Kelate


Unforgetable kerabu bacang @ rumah Mak Cik Yah Bukit Abal


Hubby's favourite, captured by him before i start blogging..
:)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Like This Recipe?

Share |

Search This Blog