Sunday, June 27, 2010

Nasi Lemak & Sambal Tempe

Oh nasi lemak.. Habis la diet i hari ini...(>_<) Menu for our 'brunch'... Actually today plan nak makan dekat luar.. Tapi fikir2 balik, rasa nak berjimat cermat pulak.. Hehe.. So lepas tengok apa yang ada dekat kitchen, terfikir nak masak nasi lemak dengan sambal tempe.. Untuk pengetahuan semua, telur digoreng oleh En. Hubby saya. :) Dan resipinya...

Nasi

Bahan2nya;
2 pot beras
1 kotak santan (no cholestrol) ~ i prefer pakai santan kotak
Air
1 sudu kecil garam
Bawang merah & bawang putih dikisar
Daun pandan

Cara2nya;
1. Cuci beras dengan bersih.
2. Masukkan santan dengan air di dalam periuk nasi. Sukat bersamaan dengan 2 pot beras.
3. Masukkan bahan yang telah dikisar, garam & daun pandan.
4. Kacau sebati dan sedia untuk dimasak!

Sambal Ikan Bilis
Bahan2;
Ikan bilis
Cili kering
Bawang merah, bawang putih & bawang besar
Belacan
1 batang serai
Air
Garam & gula secukup rasa

Cara2nya;
1. Kisar bawang merah, bawang putih & cili kering.
2. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar tadi bersama serai dan belacan sehingga naik bau.
3. Masukkan sedikit air, garam & gula secukup rasa.
4. Biarkan sehingga agak garing dan angkat!

Sambal Tempe
Bahan2;
Tempe
Ikan bilis jepun
Chili paste
Bawang merah, bawang putih
Bawang besar dimayang
Sos cili
Sos tomato
Garam secukup rasa

Cara2;
1. Goreng tempe & goreng ikan bilis sehingga garing.
2. Tumis bahan kisar bersama dengan chili paste sehingga naik bau.
3. Masukkan sos cili, sos tomato & garam secukup rasa.
4. Lastly masukkan tempe & bawang yang telah dimayang.

Sedap dimakan begitu sahaja.. Oh saya suka tempe walaupun saya bukan orang Jawa.. ;)

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Like This Recipe?

Share |

Search This Blog