Thursday, August 26, 2010

Simple Menu ~

Salam semua.. Ahad lepas saya dan En. Hubby berbuka di rumah mertua. Kami stay 2 hari dekat sana so semalam baru balik.. Gambar juadah berbuka ada dekat handphone En. Hubby.. Semua sedap2! Nanti i upload okay.. Actually i tak ada idea nak masak apa semalam.. So masak yang simple je.. Menu ~ nasi putih, asam rebus ikan, fried short bean with mushroom, ikan goreng dan sambal belacan.. En. Hubby semalam ada interview.. Lepas dia balik, kami berbuka berdua je coz adik i berbuka dekat campus.. Ok la jom tengok resipi2 ni..



Bahan2;
Ikan kembung
Bawang merah & bawang putih dikisar
Cili kering dikisar
Air asam jawa
Belacan
Bendi
Air
Serbuk kunyit
Sedikit gula
Garam secukup rasa

Cara2;
1. Masukkan semua bahan yang telah dikisar bersama2 air.
2. Masukkan pula ikan yang telah dibersihkan.
3. Rebus sehingga mendidih.
4. Tambahkan sedikit air asam jawa, serbuk kunyit, belacan, gula & garam secukup rasa.
5. Akhir sekali masukkan bendi dan padamkan api. Siap dihidang..




Bahan2;
Short bean ~ kacang buncis
Grey or white oyster mushroom
Bawang merah & bawang putih dihiris
Red capsicum
1 kiub pati ikan bilis
Sedikit sos ikan
Olive oil untuk menumis

Cara2;
1. Panaskan olive oil dan tumis bawang merah & bawang putih.
2. Masukkan kuib pati ikan bilis & sedikit sos ikan.
3. Kemudian masukkan short bean, mushroom & capcisum.
4. Kacau sehingga rata & siap!

~Ramadhan kali ni rasa macam nak makan sayur je.. Selain sayur ni.. semalam makan zuchini, daun salad & tomato juga..

Sebelum mengakhiri entri ni.. Wan Midah, nenek En. Hubby telah pun meninggal dunia pada 24 Ogos 2010 bersamaan dengan 14 Ramadhan 1431H.. Al-fatihah.. Semoga Arwah ditempatkan di kalangan orang yang beriman.. Amin..

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Like This Recipe?

Share |

Search This Blog