Salam semua.. Alhamdulillah dah masuk hari ke sebelas kita berpuasa.. Semalam i masak black pepper chicken dan 2 jenis sayur-sayuran untuk berbuka puasa. Actually dah lama teringin nak makan black pepper chicken ni.. I lagi suka kalau makan sahaja atau orang panggil 'ratah'.. hehe.. En. Hubby pula sekarang ni tengah health conscious, so i masak untuk dia 2 jenis sayur ~ sup labu air dengan cendawan & sayur taugeh udang..
Syukur padaNya semalam juga genap 5 bulan our marriage and i buatkan kek orange.. Tapi sayang la.. Kek merekah dekat atas coz first time try pakai acuan kek yang bulat.. Tapi nasib baik rasanya okay.. I'm so happy dan harap dapat masak yang best2 lagi untuk En. Hubby.. Ok jom tengok resepi2 ni ye..
Bahan2;
1/2 ekor ayam
Bawang merah & bawang putih dikisar
Lada hitam dikisar
Bawang besar dimayang
Lada benggala@capcisum dihiris panjang2
1 biji tomato
1 sudu kecil serbuk kunyit
3 sudu besar oyster sauce
1 sudu besar kicap masin
1 sudu kecil minyak bijan
Sedikit air
Minyak untuk menumis
Garam secukup rasa
Cara2;
1. Bersihkan ayam dan lumurkan ayam dengan kunyit dan sedikit garam.
2. Goreng ayam sehingga masak. Jangan masak terlalu garing. Angkat & toskan minyak.
3. Tumis bahan yang telah dikisar sehingga wangi dan masukkan oyster sauce, kicap masin, minyak bijan & sedikit air. Kacau sehingga rata.
4. Kemudian masukkan ayam yang telah digoreng tadi bersama2 dengan bawang besar, tomato & capcisum. Siap untuk dihidang...
Bahan2;
1 biji labu air
Setengah packet oyster mushroom
1 packet soo hoon direndam
1 biji bawang besar dimayang
1 biji cili merah dihiris halus
1 kuib pati ayam Maggi with no MSG
Sedikit serbuk lada sulah
Minyak zaitun untuk menumis
Air secukupnya
Cara2;
1. Bersihkan & potong labu air berbentuk kiub.
2. Tumis bawang bersama2 dengan minyak zaitun.
3. Kemudian masukkan kiub pati ayam, serbuk lada sulah dan air secukupnya.
4. Masukkan pula soo hoon, diikuti dengan labu air dan mushroom. Biarkan mendidih.
5. Tambahkan sedikit cili merah yang telah dihiris halus untuk hiasan.
Bahan2;
1 packet taugeh
10 ekor udang sederhana
1 biji bawang besar dimayang
1 biji cili merah dihiris halus
1 kiub pati ikan bilis Maggi
1 sudu besar sos ikan
Maggi seasoning with no MSG
Minyak zaitun untuk menumis
Cara2;
1. Tumis bawang besar bersama2 dengan udang.
2. Kemudian masukkan kiub pati ikan bilis, sos ikan dan seasoning.
3. Kacau sehingga rata & masukkan taugeh. Jangan masak terlalu lama supaya taugeh lebih 'crunchy'.
5. Hiaskan dengan cili merah dan siap dihidang!
Suka makan sangat vege vege... En. Hubby lagi suka.. :) Bagus juga bila kita health conscious.. Terasa lebih sihat lagi2 di bulan puasa ni.. Lagi satu kalau beli seasoning pastikan tiada MSG okay.. Badan sihat keluarga bahagia.. ;)
No comments:
Post a Comment