Assalamualaikum & salam Ramadhan untuk semua.. This is my first entry untuk bulan puasa, menu berbuka puasa semalam.. Kuih gulung inti daging ni warisan turun temurun dari family sebelah mama.. Kami panggil kuih ni 'batang buruk' coz rupa kulit kuih ni ala2 macam tu.. Bukan kuih raya batang buruk tu ye.. ;) Setiap kali puasa mesti teringat nak makan.. Dulu2 masa i kecil selalu tolong mama buat kuih ni.. Tapi tolong tengok je.. hehe.. Tak sangka sekarang dah pandai buat kuih ni.. Cepatnya masa berlalu.. Ok la resipi ni simple sahaja tapi memakan masa yang lama juga nak buat kerana steps dia banyak sikit.. So kena la bersabar lagi2 di bulan puasa ni.. ;)
Bahan2 untuk dadar;
Setengah paket tepung gandum
1 biji telur
4 cawan air
1 sudu kecil garam
Bahan2 untuk inti;
Daging lembu kisar ~ Lagi sedap kalau beli yang fresh
2 biji bawang besar didadu
2 biji kentang didadu
Cili merah dihiris halus
Daun ketumbar dihiris halus
Sedikit lada hitam & lada sulah
Garam secukup rasa
Cara2;
1. Untuk membuat dadar, masukkan semua bahan di atas dan kacau sehingga sebati. Kemudian, panaskan minyak dan masak seperti membuat pancake. Jangan terlalu tebal & gunakan non stick pan supaya ia tidak melekat.
2. Untuk membuat inti pula, tumis semua bahan di atas dan sejukkan.
3. Setelah dadar siap dimasak, gulungkannya bersama inti seperti membuat popia.
4. Kemudian, pukul 4 biji telur bersama2 sedikit garam. Masukkan dadar yang telah siap digulung tadi ke dalam telur dan goreng sehingga kuning keemasan. Angkat & toskan minyak. Siap dihidang!
Sesuai dimakan bersama2 dengan sos cili atau sos tomato.. Kalau buat sendiri lagi sedap! Cubalah.. :)
No comments:
Post a Comment