Wednesday, July 7, 2010

Bihun Goreng Sempoi

Bihun goreng sempoi untuk breakfast hari ni... Bangun pagi tadi rasa macam nak makan bihun.. So buka la fridge and cari apa yang ada.. Sebab tu i panggil sempoi. Senang nak prepare untuk perut yang lapar di pagi hari. Hehe.. En Hubby pagi2 lagi dah masukkan dalam tupperware rasmi dia tu.. :) Teringat masa tadika.. slalu mama sediakan bekal.. Resepi ni turun temurun daripada my mum.. Nak tau rahsianya? Check it out resepi ni...

Bahan-bahan;
Setengah packet bihun
Ayam dipotong kecil2
Bawang merah & bawang putih
Udang kering
Setengah batang carrot dihiris halus
Taugeh
1 sudu besar chili paste
Sos tomato letak banyak2
Kicap masin
Garam secukup rasa

Cara-cara;
1. Rendam bihun di dalam air sehingga lembut.
2. Kisar bawang merah, bawang putih & udang kering.
3. Panaskan minyak dan tumis bahan yang telah dikisar bersama2 dengan chili paste. Masukkan sos tomato, kicap masin & garam secukup rasa.
4. Kemudian masukkan ayam dan kacau sehingga masak.
5. Masukkan bihun, carrot & taugeh. Goreng sehingga sebati dan sedia untuk dihidang.

Oh rahsia telah terbongkar.. Mama suka letak sos tomato banyak2.. So bila makan tak rasa muak.. Kalau tak percaya cubalah ye.. ;)

Monday, July 5, 2010

Popia Pisang with Honey

Popia pisang with honey! Inilah appetizer yang kami makan semasa berbuka tadi. My first try.. En. Hubby suka sangat.. :) Dan resipinya..

Bahan2;
Pisang rastali ~ i pakai pisang yang ada.. i rasa kalau guna pisang montel atau pisang berangan lagi sedap
Kulit popia
Margerin untuk menggoreng
Honey

Cara2;
1. Buangkan kulit pisang kemudian balut pisang dengan kulit popia.
2. Panaskan margerin dan goreng sehingga kuning keemasan.
3. Angkat dan toskan.
4. Hidangkan bersama honey atau mengikut kesukaan anda. Kalau ada sos coklat pun sedap!

Popia ni sedap dimakan semasa panas2.. rasanya ranggup dan manis.. lepas ni i nak buat lagi.. dah rasa addicted pula.. tak rugi cuba.. :)

Menu Hari Ini ~




Salam semua.. Zaty's Kitchen baru berasap hari ni.. ;) Actually last week i dekat rumah mertua coz En. Hubby outstation.. so tak update la blog.. I masak juga tapi tak bawa camera so tak ambil la gambar.. Menunya ayam padprik, daging kunyit & kailan ikan masin. Ala thai gitu.. Semangat memasak coz hari khamis lepas semua orang dalam rumah tu puasa. Nanti i masak lagi okay so boleh la share resepi..

Hari ini... i puasa lagi.. dan seperti biasa En. Hubby turut meneman. Sayang btul i dekat dia.. Menu with love~ ayam masak lemak cili padi, asparagus goreng belacan & sambal tempe ikan bilis lagi.. Ada lagi dessert 'popia pisang with honey'.. lepas berbuka i update coz masih dalam fridge. Resipi original daripada MyR.. I tgk Kak Nor Terengganu buat.. teringin nak cuba.. :)

Resipi Ayam Masak Lemak Cili Padi

Bahan2;
Setengah ekor ayam
1 biji santan kelapa
Bawang merah & bawang putih
8 biji cili padi
1 inch halia
1 batang serai diketuk
Kentang dipotong dadu
Serbuk kunyit
Garam secukup rasa

Cara2;
1. Kisar bawang merah, bawang putih, cili padi & halia.
2. Tumis bahan yang telah dikisar bersama serai yang telah diketuk sehingga naik bau.
3. Masukkan santan & serbuk kunyit. Tambah sedikit air jika terlalu pekat.
4. Kemudian masukkan ayam & kentang dan kacau sebati.
5. Dan masukkan *garam secukup rasa. Biarkan mendidih.

* Petua daripada mak mertua i ~ Kalau puasa tak boleh rasa kan.. so titikkan kuah di atas kuku ibu jari. Kalau kuah tu tak meleleh maksudnya dah cukup masin.. Cubalah!

Resepi Asparagus Goreng Belacan

Bahan2;
Asparagus
Udang sederhana dibuang kulit
Belacan
Bawang merah & bawang putih dikisar
Cili kering dikisar
Bawang besar dimayang
Kicap masin

Cara2;
1. Potong hujung asparagus coz keras tak sesuai untuk dimakan.
2. Tumis bahan yang telah dikisar bersama2 udang. Masukkan sedikit belacan.
3. Kemudian masukkan asparagus & bawang yang telah dimayang.
4. Dan akhir sekali tambah sedikit kicap masin.

* Nota: Tak perlukan garam coz belacan & kicap dah cukup masin.

Resipi sambal tempe ikan bilis sila rujuk label Sambal~ atau klik disini

Dah siap masakan untuk hari ni.. tunggu masa nak berbuka... :)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Like This Recipe?

Share |

Search This Blog