Tuesday, August 3, 2010

Nasi Beriyani Daging

Salam semua.. Hari ni i buat experiment lagi.. hehe.. Nasi beriyani daging.. I ambil resipi dari Mat Gebu dan resepi asal oleh Chef Hanieliza. I tukar dari nasi beriyani udang kepada daging. Tapi nasi ni tak berderai la coz tak ada beras basmathi. I just pakai beras padi Malaysia + beras Siam.. Entah la sejak kebelakangan ni asyik rasa nak makan lauk kenduri je.. Mungkin sebab last week tak dapat attend kenduri bertunang saudara En. Hubby. Makan nasi beriyani ni dengan ayam masak pedas dan acar simple. En. Hubby suka makan coz ada daging.. My brother pun suka juga.. Ok la jom tengok resepi ni. Copy paste dari Dapur Tanpa Sempadan CMG.. sudah minta izin tadi.. ;)

BAHAN-BAHANNYA :-)
500 g beras basmathi, rendam 20 minit dan toskan
8 - 10 ekor udang saiz besar, dibersihkan (mat guna udang galah)* ~ i guna daging
1/2 camca teh serbuk kunyit*
Sedikit garam*(*digaul rata)
3 tangkai daun ketumbar
750 ml air
250 ml susu cair
1/2 cawan lobak merah yang didadu
1 camca besar minyak masak
3 camca besar minyak sapi ~ i guna margerin
1 helai daun pandan, disimpul
Garam secukup rasa dan secubit gula

BAHAN TUMIS :-)
2 biji bawang merah, dihiris
1 biji bawang besar, dihiris
2 ulas bawang putih, dihirs
2 cm halia, dititik
1 kayu manis
2 kuntum bunga lawang
2 biji buah pelaga
5 kuntum bunga cengkih
1 camca besar rempah beriani (mat tak letak, tapi tetap sedapp!!) ~
i guna rempah dari Terengganu

BAHAN LAIN :-)
1/3 cawan kismis, goreng sedikit
Hirisan daun sup/daun bawang
Bawang goreng

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan minyak dan minyak sapi dalam periuk, masuk bahan tumis dan daun padan, tumis hingga harum dan bawang layu. Masukkan tomato, daun ketumbar, lobak merah dan udang, gaul rata dan goreng udang hingga kemerahan.
  2. Masukkan beras yang ditoskan tadi, gaul rata dan masak sekejap. Alihkan beras dan rempah ke dalam rice cooker, tuang air dan susu cair. Tambah garam secukup rasa dan secubit gula, kacau rata.
  3. Masak nasi seperti biasa. Bila kering, tabur kismis dan sedikit bawang goreng. Biar nasi tanak betul2. Gemburkan, tabur dengan hirisan daun sup/daun bawang dan bawang goreng sebelum dihidangkan bersama acar. Nak makan dengan dalca pun ok.... ~ i makan dengan ayam masak pedas

Untuk resepi ayam masak pedas sila klik sini..

Untuk acar pula simple je.. Just hiris carrot, timun, cili merah & bawang.. Then masukkan gula + cuka.. Kalau nak sedap tambah sos cili & sos tomato.. My mum yang ajar ni.. :)

Selamat mencuba ye!

Monday, August 2, 2010

Crispy Anchovies in Honey Lemon Sauce!

Salam semua.. Crispy Anchovies in Honey Lemon Sauce versi 'tak sabar nak masak'.. Alkisah hari ini semangat nak memasak berkobar2 datang.. Tapi tak tau nak masak apa.. So pagi tadi i pun terus mencari resepi yang sedap.. Then terbaca la entri Kak Izah. Kebetulan dia baru update menu ni.. Mesti sangat sedap coz dah ramai yang try.. Walaupun tak cukup bahan i masak jugak.. and memang sedap sangat! Recommended untuk semua.. Resepi ni i copy paste je okay..

CRISPY ANCHOVIES IN HONEY LEMON SAUCE
Sumber: Amy Beh

250g ikan bilis
1 cawan tepung ubi ~ guna tepung serbaguna
1 tbsp minyak bijan
4 batang cili kering - potong
6 biji cili padi - ketuk ~ tak letak
1 biji bawang besar - hiris
2 biji lemon - perah ambil jus ~ guna lime juice
3 tbsp madu
2 tbsp air
1 tbsp sos ikan
Kacang gajus panggang ~guna gajus dari Turki
bijan ~ tak letak
daun kari ~tak letak

Basuh ikan bilis. Rendam sekejap dlm 10-15min. Toskan kemudian lap dengan kitchen towel. Campurkan dengan tepung. Gaul. Panaskan minyak. Goreng hingga garing. Angkat dan toskan.

Dalam kuali lain, panaskan minyak bijan. Goreng cili kering, bawang, cili padi dan daun kari sekejap.

Masukkan jus lemon, sos ikan, air dan juga madu. Kacau hingga agak pekat. Masukkan ikan bilis, kekacang serta taburkan bijan jika suka. Gaul rata dan sebati. Angkat dan hidangkan.

Betul la cakap Kak Izah.. lepas ni nak buat lagi.. nak buat banyak2.. simpan untuk bersahur nanti.. Oh Ramadhan dah hampir tiba.. Can't wait.. :)


Sunday, August 1, 2010

Zaty's Kitchen Joined Ben Ashaari Club


Berita hari ini.. Zaty's Kitchen joined Ben Ashaari Blogger Club.. Ben Ashaari.. Knowing him from blog rakan2 masak@ sifu2 dapur yang hebat.. En. Ben ni nampaknya sangat famous di kalangan mereka.. I baca dalam blog dia ada banyak information & useful tips.. Sangat teruja.. Klik sini untuk join!

Zaty's Kitchen first move.. mengembangkan sayapnya.. macam la i ni ada bisnes besar.. hehe.. Saya budak baru belajar blogging.. kalau salah tolong tunjukkan.. :)

Reported by,
Zaty's Kitchen..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Like This Recipe?

Share |

Search This Blog