Wednesday, October 13, 2010

Daging Blackpepper & Makan-Makan

Salam all.. Dah lama juga tak update resipi.. ;) So hari ni let me share resipi daging blackpepper yang i masak hari tu masa makan-makan dengan my friends dekat teratak kecil kami ni..


Resipi

Bahan2;
500gm daging batang pinang
2 sudu besar serbuk lada hitam
Bawang merah & bawang putih dikisar
2 batang daun saderi dihiris
1 biji capsicum dipotong dadu
1 biji bawang besar dimayang
3 biji kentang digoreng
1 sudu besar oyster sauce
1 sudu besar kicap manis
1 sudu besar kicap masin
Garam secukup rasa
Sedikit air
Sedikit minyak bijan
Minyak untuk menumis

Cara2;
1. Hiris daging nipis2 dan rebus sehingga empuk.
2. Goreng kentang yang dipotong bentuk 'wedge' sehingga garing.
3. Kemudian, tumis bawang merah & bawang putih yang telah dikisar.
4. Setelah naik bau masukkan, lada hitam, oyster sauce, kicap manis & masin.
5. Kacau sehingga rata & masukkan daging.
6. Masukkan pula daun saderi, capsicum & bawang besar.
7. Tambahkan sedikit air sekiranya terlalu pekat. Jika suka lebih pekat pula, tambahkan sedikit tepung jagung.
8. Akhir sekali masukkan kentang yang telah digoreng, sedikit minyak bijan dan garam secukup rasa.

Siap dihidang! Selain nasi, daging blackpepper ni sedap juga dimakan dengan roti..






Spaghetti chicken bolognese, butter rice, daging blackpepper, ayam masak pedas, salad, brocolli with mushroom, chocolate cake by my MIL & puding kastard buah-buahan.

Sekarang ni asyik rasa nak makan chinese food je.. Hehe.. :)


No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Like This Recipe?

Share |

Search This Blog