Wednesday, October 13, 2010

Sambal Tumis Petai & Sambal Tempoyak

Oh petai & tempoyak! Ada orang suka dan ada orang yang tak suka makan.. ;) Semalam i masak sambal tumis petai & sambal tempoyak.. Makan dengan ayam goreng berempah dan telur dadar. Masa balik Kuantan hari tu mama kirim petai & tempoyak yang mak saudara i buat dari kampung. Actually i & En. Hubby tak suka makan petai tapi tak tau la kenapa petai kali ni kami boleh makan pulak.. Coz bila makan tak rasa pahit & 'haring' pun.. Selera pulak kami makan semalam.. Hehe..

Ok la jom tengok resipi ni...


Resipi

Bahan2;
Satu tangkai petai dibuang kulit
Sedikit ikan bilis belah
2 sudu cili kering dikisar
Bawang & bawang putih dikisar
1 biji bawang besar dimayang
Sedikit belacan
1 sudu kecil gula
1 sudu besar kicap masin
Garam secukup rasa
Sedikit air
Minyak untuk menumis

Cara2;
1. Tumiskan bahan yang telah dikisar sehingga naik bau.
2. Masukkan ikan bilis dan kacau sehingga rata.
3. Kemudian masukkan belacan, kicap masin, gula, garam & sedikit air.
4. Akhir sekali masukkan petai & bawang besar yang telah dimayang.
5. Sedia untuk dihidang.



Resipi

Bahan2;
2 sudu besar tempoyak
2 biji cili merah
4 biji cili padi
Sedikit belacan
Gula
Garam
Perahan air limau nipis

Cara2;
1. Kisar atau tumbuk semua bahan di atas untuk dijadikan sambal belacan.
2. Hidangkan bersama2 tempoyak atau jika suka gaulkan sekali bersama2 tempoyak.


Actually makan nasi dengan lauk kampung memang sedap!
Sekali sekala kita kena juga 'back to basic' kan.. :)



3 comments:

  1. Salam Zaty..wah macam2 sambal ada..sedap2 belaka..petai ni memang best buat sambal..tetapi bila hangin satu badan itu yang tak tahan..hu hu

    ReplyDelete
  2. Salam Kak Kerull.. Tu la kebetulan Mama Zaty kasi petai & tempoyak.. Tak reti nak masak wat sambal je la.. Hehe.. ;)

    ReplyDelete
  3. Salam..sedapnye nampak sambal tu...saya copy resepi ye,,:)
    Jemput jenguk blog saya.http://miyrass.blogspot.com

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Like This Recipe?

Share |

Search This Blog