Friday, October 22, 2010

Makan @ Italiannies 1 Utama

Jom makan2 lagi! Sempena birthday En. Hubby, both of us celebrate @ Italiannies 1 Utama, Damansara.. Menu sangat variety.. Ada pizza, ada pasta dan macam2 lagi.. Kalau ikutkan semua nak order.. But at last kami order ini sahaja.. Main course share dengan En. Hubby coz portion dia agak banyak.. Ok jom tengok ni..

Italiannies

Starter ~ Fried calamari, cheese balls, rissoto balls & fried zucchini

Main course ~ Grilled chicken

Strawberry Colada Smoothies

Grape Smoothies

Overall we all sangat kenyang.. Makan pun tak habis so kami take away.. Recommended for those yang suka western food.. :)

Wednesday, October 13, 2010

Sambal Tumis Petai & Sambal Tempoyak

Oh petai & tempoyak! Ada orang suka dan ada orang yang tak suka makan.. ;) Semalam i masak sambal tumis petai & sambal tempoyak.. Makan dengan ayam goreng berempah dan telur dadar. Masa balik Kuantan hari tu mama kirim petai & tempoyak yang mak saudara i buat dari kampung. Actually i & En. Hubby tak suka makan petai tapi tak tau la kenapa petai kali ni kami boleh makan pulak.. Coz bila makan tak rasa pahit & 'haring' pun.. Selera pulak kami makan semalam.. Hehe..

Ok la jom tengok resipi ni...


Resipi

Bahan2;
Satu tangkai petai dibuang kulit
Sedikit ikan bilis belah
2 sudu cili kering dikisar
Bawang & bawang putih dikisar
1 biji bawang besar dimayang
Sedikit belacan
1 sudu kecil gula
1 sudu besar kicap masin
Garam secukup rasa
Sedikit air
Minyak untuk menumis

Cara2;
1. Tumiskan bahan yang telah dikisar sehingga naik bau.
2. Masukkan ikan bilis dan kacau sehingga rata.
3. Kemudian masukkan belacan, kicap masin, gula, garam & sedikit air.
4. Akhir sekali masukkan petai & bawang besar yang telah dimayang.
5. Sedia untuk dihidang.



Resipi

Bahan2;
2 sudu besar tempoyak
2 biji cili merah
4 biji cili padi
Sedikit belacan
Gula
Garam
Perahan air limau nipis

Cara2;
1. Kisar atau tumbuk semua bahan di atas untuk dijadikan sambal belacan.
2. Hidangkan bersama2 tempoyak atau jika suka gaulkan sekali bersama2 tempoyak.


Actually makan nasi dengan lauk kampung memang sedap!
Sekali sekala kita kena juga 'back to basic' kan.. :)



Daging Blackpepper & Makan-Makan

Salam all.. Dah lama juga tak update resipi.. ;) So hari ni let me share resipi daging blackpepper yang i masak hari tu masa makan-makan dengan my friends dekat teratak kecil kami ni..


Resipi

Bahan2;
500gm daging batang pinang
2 sudu besar serbuk lada hitam
Bawang merah & bawang putih dikisar
2 batang daun saderi dihiris
1 biji capsicum dipotong dadu
1 biji bawang besar dimayang
3 biji kentang digoreng
1 sudu besar oyster sauce
1 sudu besar kicap manis
1 sudu besar kicap masin
Garam secukup rasa
Sedikit air
Sedikit minyak bijan
Minyak untuk menumis

Cara2;
1. Hiris daging nipis2 dan rebus sehingga empuk.
2. Goreng kentang yang dipotong bentuk 'wedge' sehingga garing.
3. Kemudian, tumis bawang merah & bawang putih yang telah dikisar.
4. Setelah naik bau masukkan, lada hitam, oyster sauce, kicap manis & masin.
5. Kacau sehingga rata & masukkan daging.
6. Masukkan pula daun saderi, capsicum & bawang besar.
7. Tambahkan sedikit air sekiranya terlalu pekat. Jika suka lebih pekat pula, tambahkan sedikit tepung jagung.
8. Akhir sekali masukkan kentang yang telah digoreng, sedikit minyak bijan dan garam secukup rasa.

Siap dihidang! Selain nasi, daging blackpepper ni sedap juga dimakan dengan roti..






Spaghetti chicken bolognese, butter rice, daging blackpepper, ayam masak pedas, salad, brocolli with mushroom, chocolate cake by my MIL & puding kastard buah-buahan.

Sekarang ni asyik rasa nak makan chinese food je.. Hehe.. :)


Makan @ Sara Thai Kuantan

Salam semua.. Dah lama tak update blog kesayangan ni.. Bukan tak kisah dekat blog ni tapi macam2 event happened dalam sebulan ni.. Last week kami balik Kuantan sempena dengan convocation adik En. Hubby, Izran dan juga kenduri doa selamat untuk Mama & Abah yang akan menunaikan haji. Alhamdulillah.. Bulan ni bulan yang penuh dengan kegembiraan.. Berita yang paling gembira adalah kami sekarang bukan lagi berdua tapi akan bertiga.. :) Semoga Allah lindungi jantung hati kami ini..


Makan malam bersempena dengan convocation Izran @ Sara Thai Kuantan
Jom tengok!

Tom Yam


Sotong Tepung yang gebu!


Kangkung Belacan, Kerabu Mangga

Dan...

Ikan Siakap Steam.. En. Hubby lupa nak ambil gambar coz dia dah start makan dah! ;)
Makanan sedap sangat.. Harga pun berpatutan..

Thank you to Izran & Sha coz belanja makan!
Congratulations & happy convocation.. Have a great career ahead.. :)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Like This Recipe?

Share |

Search This Blog