Friday, August 20, 2010

Juadah Berbuka Puasa @ Home

Salam semua.. Nak tahu juadah berbuka semalam?

MENU:
My Mum's Beef Curry
Stir Fry Long bean with Prawn
Fried Oyster Mushroom

Hehe.. Menu i translate dalam English.. Nampak macam menarik kan.. Semalam semua menu ni i masak sendiri. Tak beli lauk dekat bazaar Ramadhan pun.. Mula2 masak kari daging, resepi my mum.. Rindunya dekat Mama.. Teringin nak berbuka puasa bersama.. Then, En. Hubby belikan sayur yang fresh.. so i masak stir fry and lastly cendawan goreng, masak ikut style mak mertua i.. Menu masa hari tu berbuka puasa di rumah mertua.. Sedap la pulak cendawan goreng ni.. Crispy sangat! Ok la jom tengok resepi2 ini...


Resepi

Bahan2;
1/2 kg daging lembu
1 biji santan kelapa
2 biji kentang dipotong dadu
Bawang merah, bawang putih & 1/2 inchi halia dikisar
Cili kering dikisar
2 sudu besar serbuk kari
1 satu kecil serbuk kunyit
Bunga lawang
Bunga cengkih
Buah pelaga
Kayu manis
1 sudu besar air asam jawa
Minyak untuk menumis
Sedikit air
Garam secukup rasa

Cara2;
1. Rebus daging lembu sehingga empuk.
2. Tumis bahan yang telah dikisar bersama2 dengan bunga lawang, bunga cengkih, buah pelaga & kayu manis sehingga naik bau.
3. Kemudian, masukkan serbuk kari & serbuk kunyit yang telah dilarutkan dengan sedikit air.
4. Kacau sehingga rempah tersebut betul2 masak dan masukkan santan. Jika terlalu pekat masukkan sedikit air.
5. Seterusnya, masukkan pula kentang dan juga daging yang telah direbus tadi.
5. Tambah sedikit asam jawa dan garam secukup rasa.
6. Biarkan mendidih dan siap dihidang!



Resepi

Bahan2;
Kacang panjang
10 ekor udang sederhana
1 biji lada benggala@capsicum didadu
Bawang merah & bawang putih dikisar
Cili kering dikisar
Bawang besar dimayang
1 sudu kecil serbuk kunyit
1 sudu besar sos ikan
Maggi seasoning with no MSG
Garam secukup rasa

Cara2;
1. Bersihkan kacang panjang dan potong kecil2.
2. Tumis & kacau udang bersama2 serbuk kunyit dan bahan yang telah dikisar.
3. Kemudian masukkan kacang panjang, lada benggala & bawang besar.
4. Tambahkan sedikit sos ikan, seasoning & sedikit garam jika perlu.
5. Kacau rata & siap!



Resepi

Bahan2;
2 packet oyster mushroom
2 biji telur
3 sudu besar tepung Kentucky

Cara2; ~ Sangat simple!
1. Bersihkan & toskan mushroom.
2. Kacau rata 2 biji telur.
3. Panaskan minyak, masak secara 'deep fry'..
4. Mushroom dicelupkan di dalam telur & kemudian di dalam tepung (sapu bedak sikit)..
5. Goreng sehingga garing & toskan minyak.


Sekian juadah Berbuka Puasa @ Home.. My brother cakap lagi sedap berbuka dekat rumah & makan simple macam ni.. Tambah pula dengan sambal belacan & bendi rebus favourite En. Hubby..

Simply sempoi & sedap!

Cubalah.. :)


Wednesday, August 18, 2010

Pizza Ramadhan

Salam semua.. Pizza Ramadhan! Ada ke orang buat pizza di bulan Ramadhan ni? ;) Cerita bermula apabila semalam i buka fridge dapur dan tengok lebihan doh roti hari tu masih ada lagi.. I simpan walaupun doh tu tak menjadi sangat.. Sayang kan membazir di bulan puasa.. Ingat nak buat donut tapi rasa macam tak sesuai pulak.. Teringat En. Hubby pernah cakap nak buat pizza.. Oh tak pernah buat pizza tapi pernah makan! Dengan penuh semangat i pun memulakan kerja2 mengubah suai doh tu..


Doh yang licin sikit setelah ditambah tepung, margerin, susu, gula dan yis yang telah direndam dalam air suam.. Memang betul la yis yang i beli tu dah mati.. Still tak naik jugak.. So i letak sedikit soda bikarbonat.. hehe.. Lepas ni kena guna teknik 'water roux', refer dekat my previous entry. Ada explanation dekat situ.. Credit to Kak Nor Terengganu..


Pizza base yang dah siap! Letak tepung sikit tak kasi melekat..


Sudah ditambah accessories@toppings.. Semua yang express ~ Prego sauce, sausage, daging burger yang telah dihancurkan, mix vege, onions & cheese!
En. Hubby yang buat ni.. :)


Masa untuk dibakar! Oven ini sangat panas okay..
Bakar dengan suhu 180 degree selama 20 minit..


Dah siap.. Pizza Ramadhan.. Menu berbuka semalam..


~Bukan makan ni je tau. Semalam En. Hubby belikan ayam percik, my favourite.. dan i masak sayur & telur dadar.. Tapi agak mahal la ayam percik tu.. RM5.50 satu ketul.. Terkejut En. Hubby masa bayar.. Dah la beli dua ketul.. jadi RM11.. Mahal kan? Rasa dia okay la..
Lepas ni i nak belajar buat sendiri.. Lebih menjimatkan!

Tapi apa pun alhamdulillah.. murah rezeki di bulan Ramadhan ni.. :)

Sunday, August 15, 2010

Suka Duka Membuat Roti :) :(

Salam semua.. Sempena bulan Ramadhan ni, i tekad & semangat nak belajar buat roti, biskut, kek dan kuih muih. Memang tak pernah terfikir pun akan buat roti! First time buat roti sendiri memang ada suka & ada duka.. Yang sukanya i terlalu excited menguli doh roti tu.. Dan yang dukanya lagi banyak.. Huhu.. I terlupa nak dilute yis dengan air suam dan tak letak bread improver sebab tak tau nak beli dekat mana.. So i hentam la letak soda bikarbonat tu je.. :p

Nak tengok tak rupa roti i yang tak cun tu? ;)





Doh tak licin.. mungkin kurang butter kot.. Tapi rasanya dah timbang betul dah..

Confirm la tak naik sangat coz yis dah merajuk tak dilute dia dalam air suam..





Dan resultnya..

Roti keras sikit & tak gebu macam yang dekat bakery tu!

Actually i malu la nak post entri ni.. Siap cover lagi roti yang dah siap tu dengan title.. Hehe..

But it's okay.. no one is perfect kan..

Never ever give up okay!

We learned from our experience right? Bak kata En. Hubby.. Macam nak sedapkan hati i je..
Hehe..



Untuk siapa yang nak try klik sini ye.. I ambil resipi dari dapur Kak Izah Muffin Lover..
Tq Kak Izah atas nasihat & tunjuk ajar. Nanti Zaty try buat sekali lagi..


Zaty oh Zaty.. ;)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Like This Recipe?

Share |

Search This Blog