Saturday, September 25, 2010

Welcome Back! :)

Salam semua... Puasa sudah.. Raya pun sudah.. Cepat betul masa berlalu kan.. Dah lama tak blogging rasa rindu sangat dekat my kitchen ni.. Actually minggu ni i tak berapa sihat.. Demam + stomach cramp + sakit kepala + muntah2.. Memang cukup pakej.. Masak pun simple2 je.. Tak ada resepi baru.. Ok la.. Let the pictures tell the story.. :)


Jamuan raya ke-4 @ my hometown
My mum order nasi beriyani..


Breakfast with carbonara requested by En. Hubby
Dah jemu makan raya dishes kot.. ;)


My red velvet cupcake with cream cheese topping.. Siapa yang nak order let me know ya.. :)


Banana carrot cake@Cameron Highlands
Craving to eat this!


And the good news.. Ingat lagi tak story 'suka duka membuat roti' yang i post dulu.. Finally i dah berjaya buat roti sebelum raya hari tu.. En. Hubby belikan yis yang baru.. Betul la yis yang i beli tu dah mati.. ;)


Doh naik..


Dan naik lagi...


Roti yang gebu...


I love cooking & baking so much! Nanti i upload recipe yang baru ye..

Tq En. Hubby for the pictures.. :)



Saturday, September 4, 2010

WIZ Delights ~ Festive Season Promotions!

Salam all.. bersempena dengan musim perayaan yang bakal tiba, kami dengan rasa gembira ingin mengadakan promosi jualan 'Homemade Cookies, Muffin & Cupcake'.. So kepada siapa yang ingin membuat tempahan untuk Jamuan Rumah Terbuka Hari Raya, silalah hubungi kami untuk mendapatkan free sample sekarang sehingga 18 Sept 2010.. Jangan lepaskan peluang ini! (Sample dan tempahan hanya dihantar bermula pada 18 Sept 2010)

For better view and details, click on this flyer! Tq.. :)


Dijamin bersih dan halal..

~WIZ Delights~

Wednesday, September 1, 2010

Sira Pisang

Sira pisang~ Dessert untuk berbuka puasa hari ini..

Resepi

Bahan2;
Sesikat pisang
Air
Gula secukup rasa
Bunga cengkih
Daun pandan ~ i just guna perisa pandan

Cara;
1. Tanggalkan pisang dari kulitnya.
2. Didihkan air bersama2 dengan gula, bunga cengkih dan daun pandan.
3. Kemudian masukkan pisang & siap!


Sedap dimakan sejukkk... :)


Food, Glorious Food!

Oh my home cook..

Nasi Lemak, requested by my brother, Ozzy
Recipe click here


Tom Yam Kung, requested by En. Hubby
Recipe click here


Ketam bercili.. Requested by....me!
So kena la masak untuk diri sendiri.. ;)

My recipe

Bahan2;
3 ekor ketam
Bawang merah dikisar
Bawang putih dikisar
Cili kering dikisar
1 biji bawang besar dimayang
1 biji telur
2 sudu besar sos cili
2 sudu besar sos tomato
Sedikit belacan
Sedikit sos ikan
1 sudu kecil serbuk kunyit
Garam secukup rasa

Cara2;
1. Gaulkan ketam yang telah dibersihkan bersama2 dengan serbuk kunyit & garam.
2. Goreng sehingga masak dan ketepikan.
3. Tumis semua bahan yang telah dikisar sehingga wangi.
4. Masukkan sos cili, sos tomato, belacan & sos ikan.
5. Kemudian masukkan pula telur & kacau rata.
6. Akhir sekali masukkan ketam yang telah digoreng tadi bersama2 dengan bawang besar.
7. Sedia untuk dihidang!


Food, glorious food! :)

Corn Flakes Honey

Salam all.. Today i buat biskut raya lagi.. Kali ni 'corn flakes honey' pulak.. Dari kecil lagi i suka makan.. Setiap kali raya mesti nak makan ni.. Huhu.. ;) Cara2 nak buat senang sahaja.. Jom tengok resepi ni..


The Recipe

Ingredients :
40g butter
1 tbsp sugar
1 tbsp honey
2 cups corn flakes
1/2 cup nuts (optional)
Raisins (optional)

Method :
1. Melt butter over low heat.
2. Add in sugar and honey, stir till sugar is dissolved.
3. Add in corn flakes, nuts or raisins and mix well.
4. Spoon into small paper cups and bake at 180 degrees for 10 mins.

Source: http://esjoie.wordpress.com

Sprinkled with some chocolate rice..


All time favourite.. :)


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Like This Recipe?

Share |

Search This Blog